Tuesday, May 21, 2013

Bunga cinta.

Assalamualaikum.

Bunga cinta Husna.

Melompat-lompat dia, kalau dapat bunga ros.  Terpandang kuntuman ros di nurseri,  segera mengingatkan saya pada Husna.  Nasib baik ummi tak lokek untuk belikan, walaupun takde niat pun untuk itu.  Hai. . .bertuah badan Husna. .

Ermmmm. . .seingat saya,  pada hari konvo saja saya dapat sejambak ros segar. . .itupun warna putih.  Kalau dapat warna merah,  lagi seronok, kan?

Ros terbaharu untuk si bongsu. . .

cantik pulak dia






Tambah lagi koleksi ros Husna.


Monday, May 20, 2013

Kubis kobeh.

Assalamualaikum.

Semoga sahabat 'petani gigih`  sekalian diberkatiNya.

Kubis pertama saya.  Kobeh tu dalam dialek Terengganu.  Rasanya kalau ke pasar,  tiada orang sini yang memanggilnya kubis,  melainkan kobeh lah yang dicari.  Apa pun, layan kubis yang nampak kurang best ni.  Daun daun nampak pucat jer.. tapi   Alhamdulillah. . . syukur,  kubis empat beradik ni dapat hidup di laman dapur husna.  Saya tanam dalam pasu plastik aje,  memandangkan keadaan tanah yang sangat tidak mengizinkan.  Kalau menyangkul,  banyak batu yang timbul.  Apa nak buat,  dah tersalah beli tanah dahulu.

Guna pasu plastik pun ok jugak, kan?




pokok kubis `dijaga` oleh kemangi dan kesum

Semua gambar disnap sebelum PRU baru-baru ni.  Sekarang besar sedikit daripada gambar di atas.  Tanam kubis ni lebih mengingatkan saya pada arwah ayah yang gemar bertanam kubis dan cili,  juga dalam pasu seperti saya.

Sunday, May 19, 2013

Penangan hidroponik

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu buat teman-teman,  tapi saya di Teganu ni baru balik kerja. . .  Baru melepaskan lelah hari pertama bekerja untuk minggu ni.  Seronoknya berehat di laman belakang.  Kalau suami ada,  mesti ditegurnya saya yang bersantai ni. . .hehe, dia balik lambat lagi.  Bila berehat,  semuanya jadi perhatian mata saya. Beburung berterbangan, rerama, kokokan ayam jiran, buah pisang Benggala jiran yang hampir masak. . .semuanya lah yang ada di hadapan mata.

Sebenarnya sejak terbaca entri Rose ( Semua Menjadi ) tentang hidroponik,  tetiba terasa nak cari semula takung hidroponik.  Zaman dahulu kala pernah guna.  Tapi gabus penutup takungnya pecah terkena bola sepak anak-anak jiran.  Kedai-kedai pertanian di sini pun dah tak jual , semuanya cadangkan kaedah fertigasi.  Taknak la saya.  Akhirnya di awal April,  dapat juga bekas hidroponik ni daripada sebuah syarikat di Ayer Hitam, Johor.  Alhamdulillah. Gigih tak saya?  Order dari Johor ke Terengganu tuuu.

Percubaan pertama saya. . .kangkung dan bayam merah. .


kangkung dan bayam segar



daun bayam vs tapak tangan saya.
 
Alhamdulillah.  Nampaknya menjadi juga sayuran hidroponik saya.  In shaa Allah,  dipanjangkan umur nak tanam salad pula. Tunggu. . .

Friday, May 17, 2013

Annyeonghaseyo...hello.

Assalamualaikum.

Semoga sahabat sekalian sentiasa dirahmatiNya.. In shaa Allah.

Annyeonghaseyo . . . panjang betul nak sapa hello.  Lama betul menyepi. . .hehehe. . Bukan saja-saja, tapi keadaan tidak mengizinkan.  Sekarang, alhamdulillah, talian internet rumah dah pun dibaikpulih, setelah empat kali melaporkan.

Banyak betul cerita teman-teman yang saya tertinggal. . .tapi takpe, In shaa Allah,  akan dilawati satu persatu.

Buat semua teman laman husna,  selamat bersua kembali. Meh layan hoya kerinting.  Nama kerinting tu saya yang letak, sebab daun-daunnya lain daripada biasa.  Nama sebenarnya betul-betul dah lupa.

baunya manis

warna pun lembut


 Nampak daun kerintingnya , kan?  Di belakangnya pokok duit.




Saya tak tau bagaimana nak bagi hoya ni berbunga lebat.  Walaupun berbunga sokmo ( sentiasa berbunga ) tetapi hanya keluar sejambak. . .bukan berjambak-jambak seperti kawan-kawan punya. . .huhu.  Namun di hati tetap bersyukur, dia nak juga berbunga. . .pengubat hati saya.