Assalamualaikum dan salam ceria buat teman sekelian. . . .
Di antara buah-buah kampung yang saya terliur sangat semasa zaman kanak-kanak ialah buah markisa.
Kami memanggilnya buah susu. Kebetulan ada seorang pakcik, pengusaha batik terkenal di kampung saya masa dahulu menanam pokok ini. Nak pergi mengaji mesti lalu dekat pokok ni. Balik mengaji pun lalu juga. Terteleng-teleng kepala melihat buah markisa yang bergayutan. Nak minta selalu. . . nanti dikata orang kami ni tak cukup makan. Bila nampak mood pakcik tu baik, tak minta pun dibahaginya kepada kami. Alhamdulillah.
Banyak kali juga saya bertanya pemilik nurseri di sekitar kediaman tentang pokok markisa. . .tapi tidak dijual pula. Sehinggalah saya bercerita dengan adik saya yang tinggal di Pontian, tentang hajat hendak menanam pokok markisa di pergola orkid hutan. . .sebagai netting semulajadi melindungi orkid- orkid dari bahang matahari.
Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, dengan selamba adik saya memberitahu di kampungnya pokok ni sangat banyak ditanam. . . ishh ishh. . .awat tak cakap? Dengan senang hatinya adik saya membawa balik keratan batang markisa yang diambil dari rumah pengasuh anak saudara saya. Adik ipar saya Mohd Razi, telah membeli 2 anak pokok markisa dari nurseri di Pontian semasa Aidilfitri tahun lepas. Alhamdulillah pokok markisa yang dibeli dan keratan batang hidup subur.
Namun, buahnya tak kunjung tiba. Selalu berbunga tetapi tidak menjadi putik. Sudah berjenis- jenis baja yang diberikan. Hasilnya. . . .
|
Gambar bulan lepas
|
Mabuk daun. . .
Pening juga melihatnya. . .google punya google. . .akhirnya cuba kaedah potong sebahagian ranting lembutnya.
Dalam beberapa minggu, banyak betul bunga dan putik buah yang kelihatan. . .
|
Gambar minggu lepas |
Sekarang bunga dan putik buah muncul silih berganti . . .
|
Gambar hari ini. . .kehujanan lagi |
Semoga dapat matang juga walaupun dalam keramahan hujan musim tengkujuh. . .in shaa Allah.