Saturday, March 23, 2013

Si Feringgi

Assalamualaikum..

Semoga teman sekalian diberikan kesihatan yang baik..

Jauh belayar hari ni yea. . . sampai ke Feringgi ( Portugis ) dah kita ni. .

Saya pun tak pasti kenapa labu manis lebih dikenali sebagai labu feringgi di negeri kelahiran saya. . . Celik mata saja saya dah dengar arwah nenek, arwah emak saya memanggilnya begitu. . . Hinggakan anak-anak bertanya kenapa ummi panggil labu tu labu feringgi. . no komen. . . hee. .  Makan je la nak, rezeki Allah tu.

Beberapa hari lepas ada taburkan biji-biji labu, dah tumbuh elok, tapi belum alihkan ke dalam polibeg.  Dulu-dulu saya tak tanam pun, campak jer biji-bijinya tepi pagar belakang, in shaa Allah, tumbuhlah ia. . .dan akhirnya mati terbiar begitu saja.  Kesian pulak pada si feringgi.  Kali ni nak cuba tanamnya hingga besar.


tunggu sehari dua lagi untuk dialihkan.


Along pulak memang suka sayur lemak labu manis, maka saya tuai lah sebiji tadi.
Feringgi Besut. .dari Pasar Tani
 Untuk along. . .permintaannya bila balik rumah. . .
sayur labu sahaja..malas letak sayur lain

Banyak pulak bijinya. . .boleh semai lagi ni. Tapi tak jamin dapat hasilnya. .hee


2 comments:

  1. Akak masa saya balik Perak tu ada satu gerai dia bagi saya rasa lepat labu feringgi sedap, lembut dan lemak..kat Terengganu ni ada ker ya? Akak cubalah buat lepat tu pulak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah..boleh dicuba lepat pulak.. dulu-dulu pernah buat sekaya labu..best jugak.

      Delete