Tuesday, March 26, 2013

Tanam kacang panjang.

Assalamualaikum.

Semoga teman-teman dirahmatiNya selalu.

Kacang panjang merupakan sayur kegemaran anak-anak. Saya selalu masak kacang panjang lemak putih, atau digoreng sahaja. Tahun lepas saya dapat benih kacang panjang renek daripada biras saya. Terima kasih kak Khairul Ainiah. Mesti la saya tanam. . .benih free lagi tu. Tapi sayang hasilnya sikit saja. Kadang-kadang hanya dapat lima urat kacang, kadang-kadang lebih. . .tapi tak lebih dari 10 urat.

Mana nak dapat banyak hasil. . .pokok pun ada 8 batang jer. .Pokok yang ditanam sekarang pun, hasilnya cukup untuk Husna kunyah sambil melihat si Bulat bermain di laman.

kacang panjang renek

putik 

Husna dah boleh tuai ni

benih untuk pusingan seterusnya

Husna selalu bertanya, ada kacang panjang tak? Mana la nak dapat kalau hari-hari nak. .bukan bunganya keluar setiap hari.

Apapun, saya simpan lagi kacang yang tua untuk dijadikan benih. . . Tak dapat dimasak pun, syukurlah dapat dijadikan ulam.

2 comments:

  1. Rimbun cantik pokok ni. Kalau petik masa muda, senak buat snek sambil-sambil memandu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih en.Is kerana sudi singgah laman husna. ni pokok kacang batch pertama, skrg dah beranak pinak. betul tu en. Is, sedap dimakan masa masih muda.

      Delete