Thursday, April 25, 2013

Terung apa?

Assalamualaikum.

Diharapkan teman sekalian senang dan tenang di samping keluarga tercinta. .

Sepetang membelek laman dapur yang sekangkang Si Bulat, sorang diri.  Penat juga bila pembantu kena mesyuarat.  Husna pula taknak ikut ke laman.  Sudah darjah dua pun masih sibuk dengan kartun Spongebobnya.

Sedar tak sedar, pokok terung nan sebatang dah agak besar buahnya. Ada selebar dua jari saya ( guna ukuran orang tua-tua ),  tapi tak pasti apa jenisnya.  Terung telunjuk atau terung hijau yang saya suka tu, tak tau la pulak.  Ini lah akibatnya kalau beli anak terung dari nurseri.  Kalau benih terung daripada Encik Iskandar atau Puan Diana, memang pasti lah jenisnya.

Saya belum pernah tanam terung.  Memang takde pengalaman sedikit pun.  Bila melihat keadaan pokoknya,  saya rasa boleh tanam lagi lepas ni.  Apapun,  diharapkan teman sekalian sudi berikan jawapannya yea. . .

buah sulung

dua jer?



8 comments:

  1. Cantik terung awk ni...sy tak berjaya lg tanam terung yg panjang..yg bulat alhamdulillah..ini terung telunjuk kut ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni cantik lg terung ni nadia, xde kesan serangan serangga pun. Harap2 ia dpt mbesar sbg juara.

      Delete
  2. assalammualaikum,
    saya ada tanam terung ni, sedap..kulit dia halus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikummussalam puteri..
      Harap2 ok la ia, dpt tuai utk dimasak dan dijadikan benih jg..

      Delete
  3. Replies
    1. Tq diana.. Terjumpa anak terung kt nurseri terus beli.. Kalau tnya kt pekerja tu pun, mgkin dia tak tau juga...

      Delete
  4. Assalam...salam kenal... cantik terungnya.. akak belum berjaya tanam terung lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam kak suka suka.. salam kenal juga drpd saya..terima kasih sudi jenguk laman husna yg x seberapa ni. itu la, harap2 menjadi la terung tu. in shaa Allah, kak suka suka pun dpt tanam juga.

      Delete