Assalamualaikum.
Salam pagi Ahad yang ceria.
Selalunya hari Ahad, saya dah keluar bekerja, tapi hari ni dapat cuti pulak. . .sempena kem UPSR yang dijalankan sejak petang Khamis lagi. . Dapat la tumpang cuti sama. . Suka hati saya. . . .pagi-pagi dah cabut rumput-rumpai dan kemaskan laman.
Tetiba teringat laman sayuran Mardi Cameron. Tempat yang wajib dilawati jika ke sana.
SubhanalLah. .
Kalau lah dapat tanaman yang subur begini, alangkah bahagianya. . .
Gambar-gambar begini memang saya suka sangat-sangat. . . sebagai perangsang dan penguat semangat untuk berkebun.
Seronok betul tengok sayur-sayuran di sini. Hebat.
Saturday, June 29, 2013
Friday, June 28, 2013
Bunga putih dari Brincang
Assalamualaikum.
Semoga teman- teman sekebun sihat wal afiat. Banyakkan minum air putih dan jaga kesihatan pada musim jerebu ni.
Kakcik ni sentiasa `kompius` di antara amaryllis dan lili. . .
Akibatnya, beberapa jenis yang sudah ada di laman, semuanya dipanggil lili. . . lili pink, lili oren. Dan yang terbaru lili merah.
Bunga putih kat bawah ni, saya snap gambarnya semasa berjalan pulang ke hotel, selesai aktiviti menyoping pokok di Pasar Malam Brincang. Sementara menunggu aneka sayuran celup tepung yang sedang digoreng, hati tertarik kepada deretan lili putih yang ditanam disitu. Pokok-pokoknya subur dengan bunga-bunga yang besar. Memang cantik. . . Sumpah, tergoda betul dengannya. . .he he.
Nampak rupa parasnya seperti daripada keluarga lili atau amaryllis juga. . . .ermmmm. . .keliru. . .

Wednesday, June 26, 2013
Ole-ole dari Cameron.
Assalamualaikum.
Semoga teman sekalian diberikan kesihatan yang baik hendaknya.
Agak lama juga saya tidak ke mana-mana. Kadang-kadang terasa iri melihat handai-taulan yang dapat melancong ke sana-sini. Iya, sudah tertulis rezeki masing-masing. Redha je. . . supaya hati kembali tenang. Selalunya program "berjalan" terpaksa dibatalkan kerana urusan kerja suami. Aktiviti ko kurikulum sekolah-sekolah menengah dan rendah, kadang-kala bertindan-tindih dalam seminggu. Selama suami memegang jawatan tersebut, rasanya pada bulan puasa sahaja tiada program. Selepas puasa, aktiviti berjalan seperti biasa.
Kadang-kadang rasa kasihan sangat. Setelah berpenat-lelah, ada saja perkara yang tidak kena di mata pegawai atasan. Sepatutnya pegawai atasan sebagai pemudahcara kepada orang bawahan, bukannya penyulit keadaan.
Dalam kesibukan kerja, sempat juga bawa saya dan dua orang anak ke Cameron. Plan asalnya nak ke Floria Putrajaya, tapi tak jadi sebab urusan umrah beliau. Lagipun saya juga tak nak ambil cuti pada hari bekerja, kesian pada `anak-anak` yang ramai dalam kelas. In shaa Allah, kalau panjang umur, kita jumpa pada tahun hadapan.
Beberapa ole-ole yang dibawa pulang dari sana.
Balik rumah, rasa terkilan pulak. Ada beberapa jenis orkid yang masih terbayang-bayang di ruangan mata. . . " Cukup- cukup la tu. . .nanti beli lagi. . . " . Alahai. . .

Husna punya. . kekwa, daisy dan ros mini |
3 pasu ros mini |
Husna punya juga |
cili, lili dan hoya ummi |
orkid ummi juga |
hoya merah |
cik rosmary |
Balik rumah, rasa terkilan pulak. Ada beberapa jenis orkid yang masih terbayang-bayang di ruangan mata. . . " Cukup- cukup la tu. . .nanti beli lagi. . . " . Alahai. . .
Tuesday, June 18, 2013
Siapa pernah cuba?
Assalamualaikum.
Didoakan agar semua teman sejahtera sentiasa. In shaa Allah.
Selamat Hari Bapa buat semua bapa di dunia. Moga tidak terlewat untuk mengucapkannya kepada rakan- rakan yang bergelar bapa.
Hari ni pinjam gambar daripada Incik Google.
Dah lama tengok gambar-gambar ni, tapi baru hari ni nak letak dan tanya rakan-rakan, siapa yang pernah cuba? Nampak senang je kan, tebuk lubang-lubang pada batang pisang, kemudian letak anak-anak sayuran yang berkenan di hati kat dalam lubang tu. Sangat mesra alam woooo.
Belum cuba, tak tau hasilnya, kan ? Nampak senang je, jom cuba.
Ini pulak pisang sulung incik suami. Dia pun tak tau pokok pisang dia dah berbuah. . .heee. Pisang apa ntah. Buah sulung pun cuma ada empat sikat. Harap-harap dapat lah merasa pisang yang ditanam sendiri, in shaa Allah. Pokoknya rendah, kecil molek saja. Boleh juga cuba tanam sayur atas batang pisang nanti. Hehehe. . . .

Idea yang kreatif dan mesra alam |

Sunday, June 16, 2013
Resepsi Rose dan Cymbidium.
Assalamualaikum.
Salam ceria untuk semua teman.
Semalam majlis sambut menantu di rumah pengantin lelaki. Kami berjalan sambil berselawat, mengiringi Rose di bawah pohon-pohon duku, menuju ke rumah mertuanya.
Halaman rumah mertua Rose, padat dengan pokok. . Banglo sederhana besar yang dikelilingi pokok-pokok pinang hiasan yang telah matang, ada orkid pinang, orkid labah-labah yang memanjat pokok palma, pokok bunga kertas. . .dan macam-macam lagi. Kiranya mertua Rose ni pun geng pokok juga lah.
Sayangnya saya tak snap pulak gambar-gambar tu semua, cuma gambar pasangan dan Cymbidium sp. ni saja.
Itu pun Husna dah buka mulut. ". .ummi ni, kat rumah orang pun ambil gambar bunga, jom la masuk. . ." Haha . . kan dah kena.

moga bahagia dik... in shaa Allah |
Cymbidium sp. |
Saturday, June 15, 2013
Tangkapan petang Jumaat.
Assalamualaikum.
Semoga teman-teman berada dalam keadaan sihat wal afiat. . .dapat menunaikan kewajipan dan tanggungjawab yang diamanahkan. Aachoooo. .saya masih selsema. Alhamdulillah, cuma selsema dan sedikit batuk.
Petang semalam saya memborong hoya. Banyak betul. Belum pernah saya beli sebanyak tu. Memandangkan kawan bawa dari Dungun nun. . .rasa tak sampai hati pulak nak tolak. Saya beli 6 pokok, dan dapat satu percuma. Alhamdulillah. Cuma tinggal satu pokok yang masih berbunga. . .warna pink lembut dan ditengah-tengahnya berwarna merah. Cantik. Sekali pandang seperti bunga hoya kerinting, tapi bila diamati lagi, ada perbezaannya. Pokok-pokok lain dah tinggal tangkai bunga, baru habis kembang. Takpe lah, in shaa Allah, lain kali kita tengok bunga-bunga hoya warna lain.
Hoi
Hoi ya hoi
Kita semua gembira.
Nyanyi sikit lagu 40 Penyamun. Mesti suami saya kata "tamaknya". . .bila lihat saya dengan pokok-pokok tu. Heeeee, takpe la kan. Bukan tamak, tapi dek kesukaran saya mendapatkannya, kasi angkut semua la, kan?.
Kasi tayang sikit. .
Dalam kepala duk fikir, nanti kat mana nak sangkut hoya-hoya ni semua. Dah la jenis suka menjalar. . . ermm. . .ermmm . . .nanti-nanti la fikir balik.

masih ada yang belum kembang |
deretan hoya baru menumpang pergola orkid hutan |
kasi zoom sikit. . . |
Dalam kepala duk fikir, nanti kat mana nak sangkut hoya-hoya ni semua. Dah la jenis suka menjalar. . . ermm. . .ermmm . . .nanti-nanti la fikir balik.
Thursday, June 13, 2013
Bendi.
Assalamualaikum.
Salam Syaaban yang barakah. . .semoga kita diberi peluang beramal dengan seribu kebaikan bulan ini. In shaa Allah.
Rupanya bendi kereta antik dulu dah pun berbunga. Dalam sibuk- sibuk dengan majlis lepas , saya terlepas pandang deretan pokok bendi di dalam polibeg. Kesian dia.
Semak sungguh di belakang rumah ( luar pagar ). Nasib tanah terbiar, gitu lah. . .
Buah-buah pun dah tak boleh dituai. Nanti tuai benih aje la lepas ni. In shaa Allah, lain kali saya tak leka lagi. Mudah-mudahan dapat tuai bendi-bendi muda untuk suami dan Husna.
Salam Syaaban yang barakah. . .semoga kita diberi peluang beramal dengan seribu kebaikan bulan ini. In shaa Allah.
Rupanya bendi kereta antik dulu dah pun berbunga. Dalam sibuk- sibuk dengan majlis lepas , saya terlepas pandang deretan pokok bendi di dalam polibeg. Kesian dia.
munge |
ada sebiji dua sempat diselamatkan |
rimbun dedaunnya |
Buah-buah pun dah tak boleh dituai. Nanti tuai benih aje la lepas ni. In shaa Allah, lain kali saya tak leka lagi. Mudah-mudahan dapat tuai bendi-bendi muda untuk suami dan Husna.
Sunday, June 9, 2013
Orkid penyeri majlis.
Assalamualaikum.
Semoga diberikan kebahagiaan yang berkekalan untuk semua teman. In shaa Allah.
Majlis adik ipar dah lebih seminggu berlangsung. Semua peralatan pun dah dipulangkan. Cuma kotak-kotak hadiah masih belum terusik di bilik pengantin. Hehe. . .hadiah orang punya, kalau hak saya, dah semuanya saya buka.
Beberapa hari sebelum majlis Rose, saya terlihat beberapa kudup orkid mula berkembang. Sehingga sekarang, masih lagi memekar.
Orkid saya pun nak join majlis jugak rupanya. Alhamdulillah.

antara yang sangat rajin berbunga |
oren merah ni 3 spike sekali keluar |
si merah hati |
cinta pertama saya pun sibuk berbunga juga |
putih suci |
simpang-siur di bawah pergola orkid..( nak yang baru lah tu ) |
Ramai juga tetamu yang menegur. . ."cantik orkid. . ." heeee, sengih je la. Takde la cantik sangat pun, semuanya orkid hibrid yang berkembang. .tapi kebetulan banyak pula kembangnya.
Wednesday, June 5, 2013
Selamat Pengantin Baru DekRose.
Assalamualaikum.
Salam ceria buat semua sahabat yang hendaknya dilimpahi barakah dariNya sentiasa.
Alhamdulillah, majlis perkahwinan adik ipar saya telah selamat berlangsung pada 1 Jun yang lepas. Majlis diadakan di rumah kami, memandangkan kami suami isteri sudah tiada orang tua.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana Dekrose telah dipertemukan dengan jodoh yang baik.
Syukur kerana sewaktu hampir majlis saya telah diberikan kesihatan yang baik olehNya. Sebelumnya saya demam 3 hari.
Setinggi-tinggi kesyukuran kepadaMu Ya Allah.
Selamat Pengantin Baru buat adik iparku yang manis. . .semoga kekal harmoni selamanya. . in shaa Allah.
( Suka hati saya sebab laman agak bersih dan rapi. Semuanya kerana dibersihkan oleh adik ipar dan anak buah yang gagah perkasa. . .hehehe. Terima kasih )

purple.. |
selesai akad nikah |
semoga hidup aman bahagia hingga ke Jannah |