Wednesday, June 26, 2013

Ole-ole dari Cameron.

Assalamualaikum.

Semoga teman sekalian diberikan kesihatan yang baik hendaknya.

Agak lama juga saya tidak ke mana-mana.  Kadang-kadang terasa iri melihat handai-taulan yang dapat melancong ke sana-sini.  Iya, sudah tertulis rezeki masing-masing.  Redha je. . . supaya hati kembali tenang.  Selalunya program "berjalan"  terpaksa dibatalkan kerana urusan kerja suami.  Aktiviti ko kurikulum sekolah-sekolah menengah dan rendah, kadang-kala bertindan-tindih dalam seminggu.  Selama suami memegang jawatan tersebut, rasanya pada bulan puasa sahaja tiada program.  Selepas puasa,  aktiviti berjalan seperti biasa.

Kadang-kadang rasa kasihan sangat.  Setelah berpenat-lelah,  ada saja perkara yang tidak kena di mata pegawai atasan.  Sepatutnya pegawai atasan sebagai pemudahcara kepada orang bawahan,  bukannya penyulit keadaan.

Dalam kesibukan kerja,  sempat juga bawa saya dan dua orang anak ke Cameron.  Plan asalnya nak ke Floria Putrajaya,  tapi tak jadi sebab urusan umrah beliau.  Lagipun saya juga tak nak ambil cuti pada hari bekerja,  kesian pada `anak-anak` yang ramai dalam kelas.  In shaa Allah,  kalau panjang umur,  kita jumpa pada tahun hadapan.

Beberapa ole-ole yang dibawa pulang dari sana.


Husna punya. . kekwa, daisy dan ros mini


3 pasu ros mini

Husna punya juga

cili, lili dan hoya ummi

orkid ummi juga

hoya merah

cik rosmary

Balik rumah,  rasa terkilan pulak.  Ada beberapa jenis orkid yang masih terbayang-bayang di ruangan mata. . . " Cukup- cukup la tu. . .nanti beli lagi. . . " .  Alahai. . .

4 comments:

  1. Assalam Massz... shopping bebenor ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam..
      sekali sekala pi cameron, tak sah kalu takde sesi nyoping pokok..hehe

      Delete
  2. Replies
    1. a ah..kita serupa..tapi kak belum google namanya lagi..

      Delete