Monday, July 29, 2013

Rezeki Ramadhan Kareem.

Assalamualaikum.

AlhamdulilLah, syukur pada Mu Ya Allah kerana masih memberikan peluang kami semua menikmati Ramadhan-Mu ini.

Tengah hari tadi saya disapa rezeki dari Bumi Di Bawah Bayu. Bingkisan kiriman daripada Kak Puteri ( disinidalamlingkaranini.blogspot.com )  yang baik hati.  Walaupun telah dimaklumkan oleh beliau sebelum ini akan kiriman tersebut,  tidak terduga sama sekali akan mendapat sebanyak itu.

Terima kasih yang tidak terhingga kak. . .   Semoga Allah melipat gandakan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kak Puteri terutama projek tanah pantai beliau.  Rasa malu pulak menerimanya.   Saya cuma kirimkan keratan kemboja merah  dan si patah tulang, serta anak-anak pokok kemboja cina.  Kak Puteri membalasnya dengan pelbagai jenis benih bunga dan sayur,  anak dan keratan snapdragon,  kopi asli yang segar serta yang paling banyak, iaitu ikan masin jenis anjang-anjang dan ikan sulit.  Oh,  banyaknya.

Terima kasih sekali lagi kak Puteri Purnama.

Kiriman merentasi Laut China Selatan



disertakan juga sepucuk surat cinta..hehe

kopi segar, pokok snapdragon, pelbagai jenis benih dan ikan masin

kat atas tu ikan sulit, dan di bawahnya ikan anjang-anjang . .belum pernah makan bha.


Untungnya bersahabat dengan rakan- rakan  yang murah hati,  kan ?  Syukur, alhamdulilLah.

4 comments:

  1. murah rezeki dalam bulan puasa ni.. penerima rezeki .. pemberi pun dpt rezeki lagi.. alhamdulillah tumpang gembira!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la kak mar.. murah rezeki di bulan yang mulia ni.. syukur alhamdulillah

      Delete
  2. Assalammualaikum dik, Alhamdulillah dah selamat terima.

    Rajin sekali anak pak Dolah,
    Rupanya manis bernama Rogayah;
    Bingkisan dikongsi kerana Allah,
    Diniatkan sedekah untuk mak dan ayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam kak puteri.
      alhamdulillah dah selamat tiba..

      terima kasih tidak terhingga..
      semoga niat yang murni diterima Nya.

      Delete