Monday, July 22, 2013

Tomato ceri Tropical Ruby.

Assalamualaikum.

Salam sejahtera buat semua teman berkebun,  semoga sentiasa dilimpahi rahmatNya.  Lama tidak berceloteh tentang laman husna. Rindu juga pada teman-teman semua, yang sentiasa ada cerita terbaharu.  Apakan daya, keadaan kesihatan saya kurang mengizinkan,  sehingga menjejaskan mood untuk mengemaskini cerita terkini.

Baru hari ini saya berpeluang,  syukur alhamdulillah.  Itupun setelah 3 kali berulang-alik ke klinik, menghabiskan beberapa jenis antibiotik.  Terkini,  saya ambik madu,  kapsul habbatus sauda serta air zam zam yang dibawa pulang oleh suami yang mengerjakan umrah baru-baru ni.  AlhamdulilLah,  rasanya agak selesa sedikit berbanding sebelumnya.  Apapun, hati sentiasa redha dengan ujianNya.

Jom tengok tomato ceri di laman dapur.  Benih daripada Encik Iskandar, tanamsendiri.com.  Saya semai 10 biji benih, alhamdulillah  semuanya bercambah.  Namun beberapa hari kemudian,  saya lihat tinggal hanya dua pokok sahaja.  Pokok-pokok lain habis dikais ayam-ayam jiran yang sangat sudi bertandang di laman dapur.  Dek kelalaian saya juga,  lupa mengangkat pasu semaian ke tempat lebih tinggi.


pokok meliuk-lentok akibat tidak dipantau dari awal

Gambar berserabut dengan kucai dan pisang benggala di belakang

buah sulung

Buah pun tak lah banyak sangat,  sehingga petang tadi baru ada 9 biji.  Harap-harap akan banyak lagi yang menjadi buah,  memandangkan bunga-bunga masih banyak menguning.

Selamat berpuasa dan beribadah.

No comments:

Post a Comment