Monday, July 1, 2013

Tuaian kubis mini.

Assalamualaikum.

Semoga teman sekalian dapat menikmati malam dengan tenang setelah berlelah seharian.
In shaa Allah,  beroleh kerehatan.  Bak kata orang Teganu. . . ' duk betul urat '.

Petang tadi saya dan Husna mengerjakan laman dapur.  Si Bulat cuma memerhati.  Iye lah, mana lah kucing Husna tau buat kerja.

Kubis empat beradik telah selamat saya tuai tiga biji.  Satu pokok lagi masih dibiarkan di dalam pasu.  Nak tergelak pun ada melihatnya. .  Pokoknya boleh dikatakan besar juga, tapi bola kubisnya cuma sebesar penumbuk saya. . kecik aje. Takde rezeki kubis besar,  dapat kubis mini pun ok lah.

Kubis mini dah selamat dibuat acar.  Sedap juga.  Rasanya manis dan rangup.  Alhamdulillah.




Harap kawan-kawan tidak tergelak  sama melihatnya.

Ok,  Selamat Malam.


4 comments:

  1. Salam Maszz,

    Comey2nya kubis ni! Mak Aji tumpang seronok tengok kobis menjadi. Bendi pun banyak, bolehlah buat sekali masak. Mak Aji pula tanam bendi dua pokok je, dapatlah sekali tuaian sebatang dua je, serba salah nak buat apa, celur buat cicah budu adalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum mussalam Mak Aji..
      kubis kecik2 jer..sebenarnya mata dah penat tgk kubis tu tak besar2 jugak. Ada kawan cakap kita kena ikat2kan bola kubis tu supaya tak menjadi kelopak. Sejauh mana benarnya, saya pun tak pasti. Bendi2 pun saya suka celur sahaja.. best.

      Delete
  2. wow siap ada tanam kubis lagi, menjadi plak tu hehehe, tumpang seronok dik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malu juga nak tayang kubis saiz xxs tu.. hehe

      Delete