Saturday, October 5, 2013

Naik Bukit Bendera

Assalamualaikum.

Diharapkan semua teman ceria dan berbahagia hendaknya.

Lama kita tidak bertemu. . .entahlah, terasa kurang semangat untuk berkunjung di laman sendiri, semenjak berjauhan dengan suami.  Setiap hari asyik menghitung hari . . .he he he. . .ummi pun dah terjangkit dengan Husna yang sentiasa menanda kalendar. Tarikh 23hb Oktober. . . dibulatkan besar-besar.  Semoga sayangku sihat di sana. .terutama hari- hari terakhir untuk menjalani ibadat haji.

Minggu lepas,  saya turut diberi peluang mengiringi anak-anak tahun 6 dan tahun 4 mengikuti lawatan akhir tahun ke Pulau Mutiara dan Kedah Darul Aman.  Seronok juga.  Lama tak makan angin dengan budak-budak. Macam-macam kerenah. . .

Tempat yang paling saya suka sepanjang lawatan tersebut ialah Bukit Bendera.  Indah dan nyaman alam ciptaan Nya.  Beberapa gambar yang sempat diabadikan untuk teman-teman yang tersayang. .


segar memukau


ros jepun kembang berseri

dahlia yang segar
nasib baik tak dijual. . 

kalau jual, dah saya angkut balik Terengganu

janda kaya a.k.a musa indah

Husna dan deretan dahlia

sebahagian peserta rombongan. . saya di sebelah kanan, paling belakang.
Walaupun singkat masa di sana . . .kami tetap gembira. 

4 comments:

  1. Bestnya ..masa kami naik tahun lepas tiada dahlia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru letak kot. . .he he. harap lepas ni makin bertambah spesis bungaan di atas sana.

      Delete
  2. Assalammualaikum dik,
    cantiknya, masa pegi hari tu di bulan disember 2012, tak ada pun bunga bunga dahlia tu.Untnglah yg.datang kemudian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak puteri. .
      memang cantik si dahlia. . belum pernah tanam juga. sayang sungguh tak sempat singgah ke taman periuk kera sebab ketua rombongan dah ajak turun.

      Delete