Assalam dan selamat malam buat semua.
Entah kenapa, tetiba rasa teringin sangat nak merasa pucuk ubi keriting dimasak lemak atau pun sekadar dicelur, buat cecahan sambal belacan. Husna juga kehairanan melihat batang-batang ubi apabila dibuka kotak kiriman daripada Rose ( Semua Menjadi ).
Mungkin kerana saya belum pernah menanam pokok ubi di laman, keterujaan untuk memilikinya sangat lah tinggi.
Inilah batang-batang ubi keriting yang saya order daripada Rose. Banyaknya. . ., tegur suami. Hehehe, biarlah, nanti senang bila berpucuk banyak-banyak, kan?
beli batang-batang gemuk, dapat percuma batang-batang kurus. |
lebih kurang sebulan usianya |
batang ubi keriting kurus pun bertunas juga. |
Ketinggian pucuk yang keluar tu belum sampai satu kaki, nampaknya kena bersabar dahulu sebelum menikmatinya. Jutaan terima kasih daun keladi buat Rose SM.
Alhamdulillah. Dah bertunas cantik. Daun pucik ubi ni buat tumis ngan ikan bilis pun sedap taw!
ReplyDeleteAlhamdulillah, Rose. dah naik dan cantik sangat.. Terima kasih atas resipi baru juga. .heeee
DeleteAda gambar ubinya? Jenis ubi kayu ke ubi keriting ini?
ReplyDeleteSalam, boleh tak saya nak beli keratan ubi kayu kerinting dari Tuan?
ReplyDelete012 303 6203
Boleh ke dimakan isi ubinya
ReplyDeleteMacam berminat dengan ubi kereteng ni. Nak beli benih dia boleh?
ReplyDelete