Thursday, March 7, 2013

Laman Dataran Shahbandar.

Assalamualaikum.

Memandangkan esok hari Jumaat, maka tak perlulah saya terburu-buru menyiapkan tugasan kerja untuk esok. . . Husna layan tv sejak tadi. . . Insan-insan kesayangan saya pun tiada di rumah. . .Along dah kembali ke U.  Angah pula berada di asrama. . .Acik sedang sedap tidur di biliknya. Suami pula sedang meeting. . .ishh. . .malam-malam pun meeting lagik. . .

Apa pun, jom layan sebahagian gambar yang saya kutip di Dataran Shahbandar. . .  Bagi saya, dekorasinya agak cantik juga,  bila ada kelapangan masa diberiNya,  boleh juga dicuba ni.

simple jer


tapi menarik. . .


ni hibrid kan?



Tunggul kayu yang besar, pokok langsuyar, orkid-orkid, pokok gergaji( ? ) yang digantung, batu-batu sungai, dan pagar hiasan berupa batang kayu yang disusun tinggi rendah. . .ok, dah siap.

gantung guna tempurung kelapa...hihi.. ok jugak.
 Saya juga ada pokok ni. . Encik Ahmad yang bagi. . .time kasih bohh.  Dia panggil pokok gergaji sebab bentuknya seperti mata gergaji.  Saya ikut jer sebab belum google nama sebenarnya.  Tapi saya guna pasu gantung,  bukan tempurung.  Rasanya elok saya gunakan pasu jer. . .sebab tak nak menyusahkan suami. . .hee. . .

okid..i loike

Senang kan. .  Jom buat, nak?

Esok-esok ler. . .dah malam ni. . . Selamat Malam semua.

No comments:

Post a Comment