Thursday, March 7, 2013

Putik mulberi

Assalamualaikum..

Selamat hari Jumaat yang mulia..

Lama tak jenguk pokok mulberi nan sebatang di sisi rumah.. Masa beli dulu pokoknya kecik je..kurus ceding. Ada la buah yang ranum 2, 3 biji.. Asalnya angkut dari Penang,  dah abis kursus intensif pjj kat USM,  saya ajak keluarga jalan-jalan di sana, sebelum balik Terengganu.

Maka, berhijrahlah pokok mulberi ni merentasi Lebuhraya Timur Barat. Lama juga saya tanam dalam pasu. . .pokoknya masih lagi kecil dan melidi. . .  Akhirnya, minta suami tanam ke tanah pula. . . Rupa-rupanya dia suka duduk atas tanah. . .subur yang amat dia sekarang. Pokok dah tinggi, dan gemuk.

Baru-baru ni minta suami cantas dahan-dahannya yang dah menghalang laluan kami ke laman belakang. . .dan lepas dicantas, banyak putik yang keluar.  Mulberi ni antara pokok kegemaran Husna.  Dia selalu intai buah-buah yang merah ranum masa balik dari sekolah.  Semalam pun dia intai juga, cuma ada putik-putik buah yang masih kecil. . sabar ye. . .




Bila masak nanti, boleh la letak lagi gambarnya.

No comments:

Post a Comment