Sunday, April 14, 2013

Anak bendi dan kereta antiknya.

Assalamualaikum.

Semoga semuanya berada di dalam Rahmat- Nya.  In shaa Allah.

Sudah dua tiga hari hujan melanda bumiku.  Syukur alhamdulilLah. . Rerumput di laman kembali menghijau, pokok-pokok bunga,  pokok-pokok sayuran juga kembali ceria, tidak ketinggalan juga semak dan rumpai di belakang rumah.  Semuanya gembira.

Banyak anak  pokok yang bercambah dan tumbuh subur di laman dapur, antaranya anak bendi yang benihnya saya dapat dari Pasar Tani Padang Hiliran.  Pelik juga lihat benih yang berwarna biru. Kalau ditanya jenisnya, memang saya tak tahu. . .tapi saya lihat perkembangan anak bendi ni lebih baik  berbanding benih yang saya dapatkan dari pasaraya. Syukur. . .  Moga-moga hasilnya juga lebih baik.

anak bendi di dalam kereta antik

selepas hujan



kereta tolak sporty dah jadi kereta antik

Kereta tolak lama itu lah yang selalu menjadi tempat semaian anak bendi.  Daripada tersandar pada dinding stor, lebih baik jadikan tempat semai pokok. . ada juga faedahnya.

4 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah rose...btambah subur lepas hujan. Harap2 kekal begitu slps dialihkan..

      Delete
  2. hehehe saya guna kereta tolak tu untuk tanam pudina.Darei dibuang elok buat bekas untuk menyemai atau tanaman.

    ReplyDelete