Tuesday, April 9, 2013

Musim bunga Adenium obesum.

Assalamualaikum. . .

Semoga rakan taulan sihat sejahtera hendaknya.

Rindu nak menjenguk laman husna.  Rindu yang amat. . .rindu giler, kata orang muda. .   Namun keadaan tidak mengizinkan.  Surat diedarkan oleh pihak pentadbiran bahawa jemaah nazir akan memantau pelaksanaan KSSR.  Meskipun fail-fail telah disiapkan, namun banyak lagi yang perlu diperhatikan. . . mana tau ada yang tidak beres.  Eviden murid- murid juga perlu dikemaskini.  Dalam masa yang sama, ditugaskan pula di pertandingan bola jaring 12 tahun MSSDKTU. . .takpe lah, niatkan kerja sebagai ibadah. . . .alhamdulillah.

Khamis lepas pula, angah tercedera semasa perlawanan rugbi persahabatan.  Berkejar pula kami ke  unit kecemasan HSNZKT.  Kening angah terbelah , seperti huruf T terbalik.  Dijahit teliti oleh doktor bertugas.  Terima kasih doktor yea.  Alhamdulillah,  tak lah teruk sangat.  Angah pun dah balik ke maktabnya, meskipun masih dalam cuti sakit.  Tak nak ketinggalan dalam pembelajaran, katanya.

Lari tajuk la pulak.  Hehehe. . .Meh tengok musim bunga kemboja cina di laman. . Dah lama kembang, tapi tak sempat snap gambarnya.

pokok yang paling lebat bunganya

abaikan dinding pagar yang berkarat tu yea...tukang cat balik kampung

pada batang pun keluar bunga

Kemboja cina saya jenis biasa saja.  Saya semai dari biji benih yang dihadiahkan oleh kawan juga.



kemboja kesayangan saya, sekarang dah kurang berbunga

biji benih yang saya biarkan berterbangan ditiup angin

untuk kawan
Pokok paling bawah tu pelik sikit.  Sejak saya bagitahu,  dia akan saya hadiahkan kepada kawan, pokok ni dah malas berdaun, berbunga apatah lagi. Macam tu lah keadaannya sejak 2 bulan yang lepas.  Saya malu juga nak bagi orang dalam keadaannya sekarang. . Tunggu punya tunggu, ada la sekuntum dua bunganya. Daun pun begitu juga.  Dulu, bukan main lebat bunganya. Pokok pun pandai merajuk ehh?

2 comments:

  1. Salam maszz (baru betul namanya),

    banyaknya bunga! Mak Aji ada pokok ni tapi kalau berbunga setakat tiga empat kuntum ajelah! Boh baja apa ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Mak Aji.. maaf lambat balasnya. Baja-baja pun main letak je, selalunya saya letak zeolite dan baja organik. Ada juga saya dengar pokok ni taknak berbunga dan cepat mati, tapi dengan saya alhamdulillah.. ada je bunganya sepanjang tahun, kecuali musim tengkujuh.

      Delete