Thursday, April 18, 2013

Kemboja merah ku sayang.

Assalamualaikum.

Semoga semuanya berada di dalam lindungan Allah Taala. . .

Pokok kemboja merah ni merupakan pokok ke empat ditanam di laman.  Sesetengah daripada kita tak suka dengan pokok kemboja.  Digelar bunga dari kuburan lah, tempat menumpang makhluk halus lah,  tapi bagi saya tidak demikian.  Saya suka kemboja.  Dah hampir setahun saya menunggu keluarnya kudup bunga,  tapi baru sekarang dapat menikmati keceriaan warna dan harum aromanya.  Alhamdulillah,  yang ditunggu dah tiba.  Sebelum ni, dah 2 kali jadi tipah tertipu.  Dikhabarkan kemboja merah,  tapi bila berbunga warnanya pink lembut.  Hadoiiii. . Dah la tersalah warna,  mahal pulak tu.

Sukanya hati bila lihat tanda-tanda akan berbunga. . .

hujung kudup nampak warna merah

yesss...merah tu
Lagi gembira pabila melihatnya mula berkembang. .




Sekali berbunga dapat 3 jambak.  Alhamdulillah



cantik warnanya

wangi
 Saya terbaca satu blog dari Indonesia. . Kajian dibuat mengatakan bahawa beberapa bahagian pokok kemboja dapat dijadikan ubat.  Bunga kemboja yang dikeringkan dikatakan dapat mengubati cirit-birit.  Rebusan kulit batang dapat mengurangkan sakit gigi, demam dan gangguan pembuangan.  Bukan itu sahaja,  daun dan getahnya pun berguna.  Hanya Dia Yang Maha Tahu.  Tapi bagi saya,  ianya sekadar hiasan di laman,  cukup lah dapat menghidu haruman semulajadinya.



3 comments:

  1. Assalammualaikum.
    cantiknya Laman Husna. bagusnya kalau dapat tanam kemboja merah ni.Tempat saya pokok ni tak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam puteri..
      terima kasih..laman biasa2 ajer..laman sendiri bikin la katakan... rupanya ada geng suka kemboja juga. in shaa Allah, saya semaikan untuk puteri yea. masa cari dlu susah nak jumpa, bila dh dapat byk pulak jumpa kt nursery.

      Delete
  2. salam..nak tanya..baja x pokok kemboja ni?saya ada baru tanam tapi xsure nak baja ke x..takut salah baja mati lak pokok ni..

    ReplyDelete