Friday, April 19, 2013

Si Patah Tulang.

Assalamualaikum.

Hai, ramai ke kawan-kawan masuk calon bertanding PRU 13 nanti? Hehe. . . Apapun, diharapkan Malaysia kita tetap aman harmoni selama-lamanya.  In shaa Allah.

Petang semalam saya terjenguk-jenguk laman jiran.  Seharian anak jiran mesin rumput di laman rumahnya.  Haiiii..boleh tolong mesinkan rumput kat laman makcik tak?  Mana dia nak tolong mesinkan, saya tak tanya pun.

Dalam terjenguk-jenguk lihat lamannya yang dah bersih, saya terpandang pokok Patah Tulang yang banyak menjalar pada pagar.  Sekadar ditanam,  takde buat apa-apapun dengannya.

Saya dimaklumkan bahawa pokok herba ni digunakan untuk mengubati buasir ( psttt.. baca perlahan sikit yea ).  Caranya, petik pucuk yang lembut, yang betul-betul lembut,  dan terus ditelan.  Jangan dikunyah,  kelak mulut dan kerongkong terasa gatal.  Saya pun tak pernah cuba,  sebab tak berkenaan dengan penyakit di atas.  Alhamdulillah,  selamat.  Apapun, dinasihatkan merujuk kepada pakar tanaman dan pakar yang lain sebelum mencubanya.

Pokok Patah Tulang atau Sipatah patah ( Cissus quadrangularis L. Vitaceaesenang sangat nak tanam. .  Ambil batangnya dan cucuk ke tanah. Siram,  bagi cahaya matahari. . . In shaa Allah hidup la dia.


menjalar dan menjalar

pucuk yang dah tak berapa muda..
nampak laman jiran saya tak?
rumah persinggahan jiran saya.
dah botak rumput di sekitar rumahnya

bunga si patah tulang


10 comments:

  1. macam pokok kaktus gayanya...mcm berjanji pulak jiran2 kita ni...mesin rumput pada rumah persinggahan..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah...batangnya ada gaya kaktus. cuma xde duri.
      hehehe..camtu la jiran akak, kdg2 sebulan sekali nampak mereka singgah. sayang juga rumah mahal2 tak dihuni.

      Delete
  2. assalammualaikum Masz,
    tak pernah nampak tumbuhan ni.baru saat ni dengar namanya dan tengok rupanye, terimakasih kerana berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam puteri..
      sama-sama kasih yea..saya pun byk tau nama pokok dari blog kawan2 juga.

      Delete
  3. Tak pernah lihat pokok ni (atau mungkin tak perasan selaman ni). Perkongsian berguna. (y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kebun Bandar kerana sudi singgah laman yang tak seberapa ni. Terima kasih daun keladi..hehe

      Delete
  4. Salam Maszz,

    Cantik dan unik ya pokok patah tulang ni, agaknya kaum kerabat kaktus juga ni ya?

    ReplyDelete
  5. Salam Nak tanye boleh tak saya dapatkan anak pokok ni...

    ReplyDelete
  6. Boleh minta no hp aku lg cari tmn seperti in

    ReplyDelete
  7. Boleh minta no hp aku lg cari

    ReplyDelete