Monday, June 2, 2014

Petola Wangi

Assalam.  Salam ceria untuk semua.

Sepanjang bulan Mei,  rasanya hanya dua kali hujan turun di kawasan kediaman saya.  Cuaca agak panas.  Rumput rumpai dan semak kecil sekitar laman habis kekuningan dan mati.  Rasa malas nak menanam sayuran dalam cuaca begini.  Saya hanya meneruskan rutin harian setiap petang,  menyiram laman hadapan dan di belakang.  Kadang-kadang,  kerja menyiram diambil alih oleh suami tersayang.  Terima kasih. . .

Namun,  masuk saja bulan Jun hujan mulai turun.  Walaupun tak selebat yang diharapkan, tapi syukurlah. . . Pokok-pokok dah mulai segar.  AlhamdulilLah.

Dah lama juga menanam petola sarang/  petola bantal  ini  ( saya lebih gemar memanggilnya petola wangi ) .  Rasanya dah  dua bulan menuai hasil.  Sekali petik dapat 5 atau 6 biji .  Kadang-kadang rasa dah tak tau nak bagi kepada siapa lagi buah-buahnya.  Pokoknya juga sangat lasak.

Tiada para-para untuknya memanjat.  Panjat pagar pun ok jugak.

Didebungakan oleh kumbang dan kerengga

Putik buah


Tiga sekawan

main sembunyi-sembunyi atas pokok pisang

Mudahnya menanam petola sarang.  Tetiba teringat pertanyaan jiran saya, " tak tanam petola pulut ke? " .  Haah. . .camne pulak rupanya petola pulut?  Nak kena tanya pakar petola nampaknya.

5 comments:

  1. Assalsm Maszz kalau ikutkan kawan kat fb petola ni juga dikenali sebagai petola pulut... memang wangi petola ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam kak Mar. Terima kasih kerana membantu. Itu la. . .jiran tu bagitau petola pulut lebih pendek dari petola ni. Agaknya spesis bantut sikit kot.

      Delete
  2. Salam Maszz,

    Petola ni biasanya dimasak apa ya? Mak Aji biasa masak petola segi je, yg ni x pernah masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Mak Aji. .

      Biasanya saya masak sayur lemak putih atau kuning tu saja. Pernah jsekali dimasak tumis campur cendawan. Ok je rasanya.

      Delete
  3. Wah.. suburnya.. pokok petola saya menyedihkan.. hehe..

    ReplyDelete