Wednesday, June 4, 2014

Kacang Itik Berdaun Cantik.

Assalam.

Syukur AlhamdulilLah. . .hujan membasahi lagi bumi Terengganuku.

Di mata saya, daun-daun yang baru keluar ini kelihatan cantik.  Seakan-akan corak batik pula.  Sedikit masa lagi,  akan dialihkan ke pasu yang sesuai.  Harap-harap suami saya sudi menyediakan para-para untuknya memanjat.

besar dan subur daunnya


terpaksa letak dalam raga bagi mengelakkan dikais cik yam.

pod benih
Gembira rasanya bila ada kawan yang sudi memberikan benih-benih sebegini.  Biarpun tidak banyak, namun saya cukup menghargainya.  Tambahan pula, inilah kali pertama saya mendengar nama kacang itik ini.

Benih kacang  ini dibawa pulang dari Kelantan oleh kawan saya yang menghadiri majlis perkahwinan saudara beliau di sana.  Semoga akan membesar dan berbuah di laman husna juga,  In shaa Allah.

5 comments:

  1. kacang itik tak pernah dgr...ubi itik pernah lah

    ReplyDelete
  2. Salam singgah
    saya pun tak pernah dengar juga..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sudi singgah ya, nadia dan sud@is.
    akak pun baru pertama kali dengar namanya. gugel punya gugel jumpalah kacang itik di blog ni. . .
    http://zazascintamani.blogspot.com/2014/04/tanaman-kacang-parang.html

    rupa-rupanya kacang itik tu kacang parang. menurut tuan punya blog lagi, orang tua zaman dahulu menggelarkan pokok ini sebagai Kacang Setangkai Sebelanga,
    lagi la tak pernah dengar, kan?

    ReplyDelete
  4. salam kenal dr ct...kacang itik ni sedap goreng...dulu ade tanam kat umah...slalu ade mai petik pucuk dia...katenya untuk ubat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal daripada akak juga, ct. maaf baru sekarang membalas mesej ct. terima kasih sudi singgah di laman husna. akak pun baru kali pertama jumpa kacang ni. nanti akak cuba goreng pula.

      Delete