Friday, October 10, 2014

Tuaian Kacang Itik

Assalam semua teman yang dirindui. .

Maafkan hamba yang telah lama menyepi diri .

Ampun dan maaf ya. . . terkadang tidak dapat mengelakkan diri dari sebab- sebab tertentu.  Namun, AlhamdulilLah diizinkan olehNya kita bersua lagi.

Kesian lihat post yang terakhir.  Sudah berbulan- bulan lamanya.  Kita sambung cerita kacang itik lah ya.  AlhamdulilLah, si kacang dah pun berbunga dan berbuah,  serta dipetik juga.  Sebenarnya saya tidak pasti sama ada sudah boleh dipetik atau belum.  Sudah cukup matang kah atau perlukan sedikit masa lagi.  Kulit kacangnya masih kelihatan hijau,  namun untuk si bongsu yang asyik minta direbus,  saya cubalah juga.

tuaian kali pertama
 Saya tuai sebanyak dua tangkai.  Memang hampir penuh satu periuk.  Saya benar-benar tak pasti ianya telah sesuai dituai atau belum.


daun dah tak cantik dek pak belalang
Saya tanam di tepi pagar, di sebelah kanan rumah. Tiada para-para untuknya,  akibatnya habis tunggul kayu tempat saya gantung ros jepun dipanjatnya.  Dah tak nampak pasu ros jepun. Di sebelahnya terdapat pokok kemboja merah oren,  juga dipanjatnya.


munge- munge ( bunganya putih kuning )

putik buah

pokok kacang yang memanjat pokok kemboja,
dah terlentok si kemboja.

menunggu masa untuk dituai.

Sekian, jumpa lagi.   Selamat Berkebun.

4 comments:

  1. Assalam Maszz... baru pertama kali akak tengok kacang ni.. masak cara apa ya...banyak pula dalam setangkai tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam kak mar. Bila dah banyak, tak termakan pulak. Sekarang sedang sediakan benih untuk kawan2. Setakat ni saya cuma rebus dicampur sedikit garam sahaja. Tak reti nak masak cara. .hehe

      Delete
  2. Nak beli benih blh tak?kacang parang dan kacang itik/kacang sebelanga...t.ksh

    ReplyDelete
  3. Kencing renjis renjis ni..jangan caye kaki nyembang gini

    ReplyDelete