Followers

Tuesday, April 15, 2014

Sanah Helwah Along.

Assalam.

Semoga semua teman ceria dan tenang selamanya. . .in shaa Allah.

Selasa, 15 April. . .penatnya hari ni.  Mesyuarat guru mingguan berakhir menghampiri jam 3:15 petang.  Jam 4 petang,  nak berkejar untuk aktiviti kokurikulum pulak.  Petang tadi memang muka ketat. . .namun aktiviti yang santai kembali menceriakan jiwa.  Hehe,  rutin mingguan yang biasa sahaja.

Hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiran Along,  anak pertama,  cucu pertama dalam keluarga saya.  Cucu kesayangan arwah emak dan nenek saya.  Hari ini telah menginjak usia 19 tahun.  Meskipun jauh di mata,  ingatan dan kasih sayang tidak pernah berkurang.

Selamat ulangtahun kelahiran Along,  semoga menjadi anak yang solehah,  hambaNya yang taat dan berguna kepada agama,  masyarakat serta negara.

Sebenarnya saya tak pasti,  apakah bunga kegemaran Along.  Teringat semasa Along masih kecil,  tiada bunga hiasan di rumah kerana semuanya akan digubah semula oleh Along.  Pantang melihat bunga,  semua dicabutnya.   Lasak sungguh Along.  Rasanya Along tak minat pada bunga-bungaan,  tidak seperti Husna. Hehehe. . .betul kan Long?











Pinjam bunga-bunga ros Husna untuk Along,  Sanah Helwah.

Friday, April 11, 2014

Penawar rindu.

Assalam.  Semoga teman semua berada di dalam redha Ilahi. . .

Semenjak sibuk dengan " pokok- pokok baharu" ,  terasa berlaku sedikit pengabaian terhadap pokok orkid.  Tetiba terasa rindu. . .rindukan keindahannya,  rindukan harumannya.  Orkid spesis dari keluarga Coelogyne ni dah lama tidak berbunga.  Kali terakhir kembang mengurai pada tahun lepas.  Akan tetapi,  bukan daripada rumpun yang ini.

Terlihat cuma ada setangkai.  Itupun cuma tujuh kuntum sahaja.  Syukurlah. . .




Sekadar melepaskan rindu padamu. . .hehehe. . .