Followers

Tuesday, April 23, 2013

Anak kucing batu.

Assalamualaikum.

Dua tiga hari ni takde rasa nak tulis blog. . .

Kenapa??

Sakit hati.

Hahaha. . .lain kali saya cerita. . . .

Dalam sakit hati, gambar-gambar ni jadi penawar.  Saya ambil dari facebook sifu orkid Bukit Besi, Encik Ahmad.  Dah minta izin bertulis tau. . . Terima kasih banyak-banyak Encik Ahmad.

Felis bengalensis

garang betul

comelnyer

makkkkk....tolong..

pertama kali jumpa manusia





terlepas dan sembunyi dalam longkang

Sahabat saya.. Encik Ahmad

Menurut Encik Ahmad, beliau dan rombongannya terserempak dengan anak kucing batu ni berhampiran Air Terjun Cemerong, Dungun.  Seekor biawak nak baham anak kucing ni dan ibunya mempertahankannya.  Apabila Encik Ahmad tiba, kedua-duanya terkejut dan melarikan diri.  Tinggallah si anak bersendirian. . .kesiannya dia.  Apapun, selesai bergambar, anak ini dilepaskan kembali ke pangkuan ibunya yang menunggu tidak jauh dari situ. . .heheheh . . .jadik tukang cerita pulak.

Sedikit info mengenai Kucing Batu:
Kucing Batu (Felis bengalensis) salah satu daripada empat spesies kucing liar yang terdapat di negara ini. Tiga spesies yang lain ialah kucing tulap (Felis temmincki), kucing hutan (Felis pleniceps) dan kucing dahan (Felis marmorata). Keempat- empat spesies kucing liar ini digolongkan dalam keluarga Felidae. Taburan kucing batu bermula dari lembah Amur di Rusia, Cina, India, Myanmar, Indocina, Filipina, Sumatera dan kepulauan Borneo.

Kucing batu mempunyai warna bulu yang menarik, iaitu bulunya berwarna perang serta bertompok-tompok dengan warna hitam pada keseluruhan badannya, sementara warna bulu yang hampir sama dengan bulu harimau bintang (Pantera pardus). Corak bulu yang sama ini mungkin orang Inggeris menamakannya Leopard Cat. Bulu pada bahagian dagu dan perutnya pula berwarna putih. Warna bulu kucing batu jantan dan kucing batu betina sama sahaja. Kucing jantan pula mempunyai tubuh saiz badan yang lebih besar jika dibandingkan dengan badan kucing betina. Oleh sebab warna badannya hampir sama dengan harimau bintang, kadangkala ada orang yang menyangka bahawa kucing batu anak harimau bintang.
Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik November 2011.


6 comments:

  1. Replies
    1. Iyer la rose...akak pun suka tgk.. Husna lagi la, siap srh beli lagi..

      Delete
  2. suka color kucing macam ni...agaknya kalau jual dikedai mesti mahal ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah...comey kn.. Kalau ada jual pun, nk kene ambik lesen utk bela nih..

      Delete
  3. Comel nye kucing tu.selalu jmpa kt kebun^^

    ReplyDelete
  4. kebun dkt mna tuh?nti bole kite ambil gambar hihi..

    ReplyDelete