Followers

Sunday, April 28, 2013

Betik geram.

Assalamualaikum.

Moga teman-teman diberi kesihatan yang baik olehNya.  In shaa Allah.

Tak banyak aktiviti yang saya lakukan pada petang tadi.  Sakit kepala melanda lagi.  Dari semalam bercadang nak mengalihkan anak-anak betik geram yang disemai dengan sangat padat tu. . .tapi tak jadi juga.

Sebenarnya benih betik ni pun saya tak tau namanya.  Jika tengok tulisan pada peketnya,  benih ni dari Thailand.  Nak baca pun tak reti.  Alkisahnya,  pada mulanya elok jer saya semai 3 biji dalam satu lubang, dan dalam polibeg tu cuma saya buat 2 lubang sahaja.  Tunggu semaian tumbuh,  tak juga tumbuh.  Ohhh,  rupanya benih tak elok yang saya beli.  Apa lagi,  dengan perasaan geram sesangat,  saya taburkan semua benih yang ada dalam peket tu,  dan ini lah hasilnya. . .

kecil besar semua ada. .



Haaaaa . . .
Kan dah penuh satu polibeg.  Macam kem pelarian pulak jadinya.  Bersesak-sesak.  Bila dah tumbuh,  baru saya baca cara penanaman betik.  Rupa-rupanya benih betik mengambil masa agak lama untuk tumbuh.  Moga-moga esok lusa saya dapat alihkan ia ke dalam polibeg yang lebih selesa.

. . . . betik geram,  satu pengajaran untuk diri saya.  Hua hua hua. .

6 comments:

  1. bercambah jugak kan..sekarang diorg pulak macam geram kat awk..bercambah secara berjemaah semuanya...heheh

    ReplyDelete
  2. banyak betik tu... geram juga dia tumbuh ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la....cadangnya nak tanam 5, 6 btg pokok jer di kiri dan kanan rumah... Byk pulak yg tumbuh... Semuanya 3 polibeg..kuakuakua..

      Delete
  3. Salam kenal Husna,

    Ada kawan Mak Aji yang menyebut pokok betik ni 'jahat' sikit, x boleh tanam dekat sangat dengan rumah sebab akarnya boleh sebabkan simen pecah. Mak Aji perhati betul pulak sebab kawasan dekat dengan tempat bekas pokok betik memang pecah! Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kembali mak aji.. Tkasih sudi bkunjung di sini... Tkasih juga atas panduan. In shaa Allah, dapat gunakan tip di atas bila tanam betik nnti. Sekarang anak betik geram masih dlm polibeg.

      Delete