Followers

Sunday, May 19, 2013

Penangan hidroponik

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu buat teman-teman,  tapi saya di Teganu ni baru balik kerja. . .  Baru melepaskan lelah hari pertama bekerja untuk minggu ni.  Seronoknya berehat di laman belakang.  Kalau suami ada,  mesti ditegurnya saya yang bersantai ni. . .hehe, dia balik lambat lagi.  Bila berehat,  semuanya jadi perhatian mata saya. Beburung berterbangan, rerama, kokokan ayam jiran, buah pisang Benggala jiran yang hampir masak. . .semuanya lah yang ada di hadapan mata.

Sebenarnya sejak terbaca entri Rose ( Semua Menjadi ) tentang hidroponik,  tetiba terasa nak cari semula takung hidroponik.  Zaman dahulu kala pernah guna.  Tapi gabus penutup takungnya pecah terkena bola sepak anak-anak jiran.  Kedai-kedai pertanian di sini pun dah tak jual , semuanya cadangkan kaedah fertigasi.  Taknak la saya.  Akhirnya di awal April,  dapat juga bekas hidroponik ni daripada sebuah syarikat di Ayer Hitam, Johor.  Alhamdulillah. Gigih tak saya?  Order dari Johor ke Terengganu tuuu.

Percubaan pertama saya. . .kangkung dan bayam merah. .


kangkung dan bayam segar



daun bayam vs tapak tangan saya.
 
Alhamdulillah.  Nampaknya menjadi juga sayuran hidroponik saya.  In shaa Allah,  dipanjangkan umur nak tanam salad pula. Tunggu. . .

4 comments:

  1. wow! menjadi nampaknya, tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timekasih rose... Berkat dorongan dari blog rose jugak nih..heeeee

      Delete
  2. wah..seronok tengok. maszz bagi air je ke? takde kasi baja apa-apa? belum try lgi hydroponic ni. kat sini pun susah nak cari lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timekasih atas kunjungan Dya... Mesti la letak bajanya Dya...set hidroponik ni disertakan dua jenis baja cecair dan beberapa jenis benih. Harga pun tak mahal.. Saja2 pelbagaikan cara penanaman.

      Delete