Followers

Thursday, February 28, 2013

Selamat malam sayang

Assalamualaikum.

Selamat malam buat semua sayangku...

Sepatutnya minggu ni, minggu kami sekeluarga berkumpul di rumah. Namun Dia punya perancangan lain untuk kami.... Semenjak beberapa minggu yang lepas, along ber sms dengan adiknya angah....bertanyakan tarikh angah bermalam bersama keluarga. Dengan gembiranya angah memaklumkan dia dapat pulang pada tarikh cuti pertengahan semester along.

Beberapa hari sebelum malam ini, angah menghantar sms kepada saya, memaklumkan dia turut terpilih mewakili daerah Kuala Terengganu Utara( KTU ) ke Liga Rugbi Majlis Sukan Sekolah-sekolah Terengganu ( MSST ) yang berlangsung pada 28 Feb hingga 2 Mac di MRSM Kuala Berang..... Ishhhh, ishhhhh...ishhhhhh

Suami tercinta pula terlibat dengan kursus di Kuala Lumpur..... Dalam keadaan demam, beliau bertolak pagi tadi......

Pagi tadi juga, acik pula menelefon, tak jadi bermalam di rumah minggu ni....kerana turut bersama pasukan rugbi Kuala Terengganu Selatan ( KTS ), memberikan sokongan penuh kepada pasukan impiannya....ohhhhhh, tak balik juga.

Hujung minggu ni cuma ada saya, Husna, dan along yang baru tiba dari Tronoh pagi tadi.... Apapun, didoakan semua sayangku...di Kuala Lumpur, di SMK Matang, di SMKTAI dan di rumah beroleh kebahagiaan dan kejayaan selamanya....


Selamat malam sayang-sayang ummi.......



No comments:

Post a Comment