Didoakan agar semua teman berada dalam keadaan yang sangat memuaskan. In shaa Allah.
Hati ini baru tergerak untuk mencuba menanam remayung, setelah membaca post-post daripada teman laman maya ini. Memang saya suka sayuran, tak kira apa, alhamdulillah saya boleh jer menelannya.
Kalau tak silap, saya semai remayung hijau dan merah ni pada akhir Jun. Sangkaan saya, ianya tak nak tumbuh sebab agak lama menunggu. Rupanya tak sia-sia menanti. Dan sekarang, rasanya tak sabar nak menuainya.
Gambar minggu lepas.
remayung hijau |
remayung merah |
Kat bawah ni pulak gambar petang tadi. . . .
Remayung hijau dah melilit. Saya cuma gunakan dahan ( atau ranting ) mulberi yang dicantas untuk menyokong lilitannya.
Ermm... teringat kisah Sang Sapurba berwaadat dengan Demang Lebar Daun. Semasa bersekolah dahulu saya pernah mengkajinya. Namun hari ini, tak sabar rasanya nak berwaadat dengan remayung lebar daun pulak. Masak tumis atau pun digoreng bersama ikan masin. Cepat-cepat la besar. Heee....
No comments:
Post a Comment