AlhamdulilLah, syukur pada Mu Ya Allah kerana masih memberikan peluang kami semua menikmati Ramadhan-Mu ini.
Tengah hari tadi saya disapa rezeki dari Bumi Di Bawah Bayu. Bingkisan kiriman daripada Kak Puteri ( disinidalamlingkaranini.blogspot.com ) yang baik hati. Walaupun telah dimaklumkan oleh beliau sebelum ini akan kiriman tersebut, tidak terduga sama sekali akan mendapat sebanyak itu.
Terima kasih yang tidak terhingga kak. . . Semoga Allah melipat gandakan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kak Puteri terutama projek tanah pantai beliau. Rasa malu pulak menerimanya. Saya cuma kirimkan keratan kemboja merah dan si patah tulang, serta anak-anak pokok kemboja cina. Kak Puteri membalasnya dengan pelbagai jenis benih bunga dan sayur, anak dan keratan snapdragon, kopi asli yang segar serta yang paling banyak, iaitu ikan masin jenis anjang-anjang dan ikan sulit. Oh, banyaknya.
Terima kasih sekali lagi kak Puteri Purnama.
Kiriman merentasi Laut China Selatan |
disertakan juga sepucuk surat cinta..hehe |
kopi segar, pokok snapdragon, pelbagai jenis benih dan ikan masin |
kat atas tu ikan sulit, dan di bawahnya ikan anjang-anjang . .belum pernah makan bha. |
Untungnya bersahabat dengan rakan- rakan yang murah hati, kan ? Syukur, alhamdulilLah.
murah rezeki dalam bulan puasa ni.. penerima rezeki .. pemberi pun dpt rezeki lagi.. alhamdulillah tumpang gembira!
ReplyDeleteYe la kak mar.. murah rezeki di bulan yang mulia ni.. syukur alhamdulillah
DeleteAssalammualaikum dik, Alhamdulillah dah selamat terima.
ReplyDeleteRajin sekali anak pak Dolah,
Rupanya manis bernama Rogayah;
Bingkisan dikongsi kerana Allah,
Diniatkan sedekah untuk mak dan ayah.
Waalaikummussalam kak puteri.
Deletealhamdulillah dah selamat tiba..
terima kasih tidak terhingga..
semoga niat yang murni diterima Nya.