Followers

Friday, November 8, 2013

Ceri Barbados vs ceri Terengganu.

Assalamualaikum.

Salam petang Jumaat buat semua teman.  Di sini telah pun masuk musim tengkujuh. . . Boleh dikatakan setiap hari hujan turun.  Pagi,  petang atau malam.

Semoga semuanya sihat walafiat yer.

Lama saya tak meronda Pasar Tani.  Iye  lah,  memang tak seronok kalau meronda dengan Husna aje.  Nanti banyak pokok yang hendak diangkutnya.  Alhamdulillah,  abang aji ( hehehe)  telah selamat tiba pada 23 Oktober lepas,  sekarang dah mula bekerja dan sibuk seperti biasa.

Pada minggu lepas,  dapat juga memujuknya singgah sebentar di Pasar Tani Padang Hiliran.  Dapatlah angkut beberapa pokok.  Pokok mangga cok anan, mas hitam,  pokok limau kasturi lagi (  sudah 3 kali ditanam,  tetapi ke tanah jua akhirnya ) dan sebatang pokok yang diperkenalkan sebagai ceri Terengganu.  Hi hi hi, takkan lah orang Terengganu tak kenal pokok ceri Terengganu.  Tergelak dalam hati cuma.

Ini pokoknya. . .


Ini pulak bunganya . . .



Putik buahnya. . .


Walaupun belum pernah tengok sendiri pokok ceri barbados,  dan hanya jumpa di laman internet sahaja. . .saya amat yakin ianya ceri barbados dan bukannya ceri Terengganu.

Ini hah  pokok ceri Terengganu. . .

Gambar pinjam daripada Google.
Saya belum menanam pokok ceri Terengganu.  Entah,  takde rasa nak tanam,  sebab dah biasa sangat tengok dan masa kecik-kecik dulu dah puas makan buahnya.


3 comments:

  1. Assalammualaikum dik.
    wow cantiknya macam anggur.
    Gambar paling bawah tu ceri Terengganu, boleh makan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak. . .
      A ah, bergugus macam anggur, api takde rasa anggur. . .hihi. Mesti la bole makan, tapi isinya sikit jer. . .bijinya yang besar. kalau jumpa ceri ni, nanti saya cerita lagi.

      Delete
    2. Assalamualaikum, yang atas tu ceri barbados, masam dan bawah tu cherry terengganu. Saya pun tak reti sangat makan cherry terengganu, selalunya buahnya gugur gitu je.

      Delete