Followers

Wednesday, November 27, 2013

Hoya Imperialis.

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua.

Semalam dan hari ni,  cuaca kurang ceria.  Seketika terlihat matahari bersinar,  dan sekelip mata kembali mendung.  Keadaan biasa bagi kami di Pantai Timur.  Hehehe.

Hari ni entri tumbuhan tengok aje,  tak boleh makan.   Jom tengok hoya Imperialis.  Kali ni kembang elok pulak dia. Tak sangka tiada kudup yang gugur,  memandangkan asyik ditimpa hujan.   Sebelumnya dah banyak kali kembang,  tapi cuma 2, 3 kuntum yang lekat di tangkai.  Saya cukup suka dengannya kerana kuntumannya yang besar,  warna pun menarik.  Ada sedikit bau manis juga.


mula berkembang

tergantung di pergola

pinjam Acik untuk pegang tangkainya

bunga lilin hoya imperialis.
 

Hajat di hati nak tambah koleksi lagi.  Tapi selalu terbeli hoya yang sama.  Iye lah,  masa beli belum berbunga atau baru lepas berbunga.  Bila dah kembang bunganya, alamak rupa-rupanya hoya yang sama.



8 comments:

  1. Replies
    1. time kasih kak mar. saya pun suka imperialis ni.

      Delete
  2. Salam Maszz,

    Cantiknya hoya ni! Besar kembangnya. Banyak jenis rupanya hoya ni ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Mak Aji. . .
      Ya, tepat sekali. Memang banyak jenis hoya ni. Ini hoya yang paling besar di pergola saya. Kat luar sana banyak lagi yang besar-besar.

      Delete
  3. Replies
    1. Lebih 7 cm diameternya Diana. .besar jugak la berbanding yang lain.

      Delete
  4. Assalam. Bole tau di mana bole dapat benih?

    ReplyDelete
  5. Assalam. Bole tau di mana bole dapat benih?

    ReplyDelete