Followers

Thursday, March 7, 2013

Putik mulberi

Assalamualaikum..

Selamat hari Jumaat yang mulia..

Lama tak jenguk pokok mulberi nan sebatang di sisi rumah.. Masa beli dulu pokoknya kecik je..kurus ceding. Ada la buah yang ranum 2, 3 biji.. Asalnya angkut dari Penang,  dah abis kursus intensif pjj kat USM,  saya ajak keluarga jalan-jalan di sana, sebelum balik Terengganu.

Maka, berhijrahlah pokok mulberi ni merentasi Lebuhraya Timur Barat. Lama juga saya tanam dalam pasu. . .pokoknya masih lagi kecil dan melidi. . .  Akhirnya, minta suami tanam ke tanah pula. . . Rupa-rupanya dia suka duduk atas tanah. . .subur yang amat dia sekarang. Pokok dah tinggi, dan gemuk.

Baru-baru ni minta suami cantas dahan-dahannya yang dah menghalang laluan kami ke laman belakang. . .dan lepas dicantas, banyak putik yang keluar.  Mulberi ni antara pokok kegemaran Husna.  Dia selalu intai buah-buah yang merah ranum masa balik dari sekolah.  Semalam pun dia intai juga, cuma ada putik-putik buah yang masih kecil. . sabar ye. . .




Bila masak nanti, boleh la letak lagi gambarnya.

Laman Dataran Shahbandar.

Assalamualaikum.

Memandangkan esok hari Jumaat, maka tak perlulah saya terburu-buru menyiapkan tugasan kerja untuk esok. . . Husna layan tv sejak tadi. . . Insan-insan kesayangan saya pun tiada di rumah. . .Along dah kembali ke U.  Angah pula berada di asrama. . .Acik sedang sedap tidur di biliknya. Suami pula sedang meeting. . .ishh. . .malam-malam pun meeting lagik. . .

Apa pun, jom layan sebahagian gambar yang saya kutip di Dataran Shahbandar. . .  Bagi saya, dekorasinya agak cantik juga,  bila ada kelapangan masa diberiNya,  boleh juga dicuba ni.

simple jer


tapi menarik. . .


ni hibrid kan?



Tunggul kayu yang besar, pokok langsuyar, orkid-orkid, pokok gergaji( ? ) yang digantung, batu-batu sungai, dan pagar hiasan berupa batang kayu yang disusun tinggi rendah. . .ok, dah siap.

gantung guna tempurung kelapa...hihi.. ok jugak.
 Saya juga ada pokok ni. . Encik Ahmad yang bagi. . .time kasih bohh.  Dia panggil pokok gergaji sebab bentuknya seperti mata gergaji.  Saya ikut jer sebab belum google nama sebenarnya.  Tapi saya guna pasu gantung,  bukan tempurung.  Rasanya elok saya gunakan pasu jer. . .sebab tak nak menyusahkan suami. . .hee. . .

okid..i loike

Senang kan. .  Jom buat, nak?

Esok-esok ler. . .dah malam ni. . . Selamat Malam semua.

Mutiara langit.

Assalamualaikum.

Hujan masih mencurah di bumi Terengganuku..
Musim apa yer? Biasanya bulan Mac dah tak hujan. . .dah mula nak panas. . .
Saya ok jer, setiap sesuatu yang Dia beri pasti ada rahmatnya. . .


Layan hujan la pulak. . .
Orang-orang tua dulu makan ubi kayu rebus cicah kelapa parut dan dilengkapi dengan air kopi  O panas, masa hujan gini. . . .syokkk. . .

Cili comey

Assalamualaikum..

Petang tadi saya minta tolong suami tampalkan lubang pasu dengan simen.  Nak cuba tanam orkid air di dalamnya.  Bukan tak ada pasu khas untuknya, tapi saja nak jimat. He he he. . . . time kasih ya sayang. . . .Saya ajak juga Husna ke lamannya . . . layan cili hiasan yang tadinya saya lihat banyak yang dah masak merah. Agak-agak boleh makan ke cili ni? Dah la comey macam Kak Tun. . .nak cuba rasa tak ni? Dalam berteka-teki , saya cuba gigit.  Sekali gigit. . .fuhhhhh . . .berasap. . . Mak aii, pedas giler... Husna, tolonggggg.

Ini dia cilinya. . . .comel lote. . . .

Saya comey tak?  comeyyyy. . 

Harganya 5 ringgit jer... Rasanya beli 2 bulan lepas di Pasar Tani Padang Hiliran, Teganu kiteeee. . .

Macam jambu air

Pedas berdesing. .

Geram Husna nak rasa juga. . .hah. . .baik tak yah rasa. . .tak pasal-pasal meraung riuh sekampung nanti..

Tuesday, March 5, 2013

Ohh Musa.

Assalamualaikum...

Petang semalam saya singgah di sebuah nurseri, berhampiran pekan Batu Enam, Kuala Terengganu..  Hajat dihati nak tanya harga pasu-pasu di situ... Ermmmmm..belek punya belek, ambil lah enam biji pasu murah, yang takde apa satu corak pun.  Harganya RM4.00 sebiji.  Ok la tu.. Hajat di hati nak kongsi pokok costus dan paku pakis.  Saya nak bawa ke sekolah, bagi sekolah lebih cantik dan ceria. Selebihnya saya nak tanam pokok orkid air,  juga nak bawa ke sekolah..nak hias kat tepi kelas dan tepi tandas..hehehehe.. Tengok la nanti jadi ke tidak angan-angan saya ni.

Apa yang `kureng' di sini,..saya dilayan oleh Abang La ( bangla lah tu ), dah pupus ke manusia Melayu di situ? Susah bila nak bertanya sesuatu.. macam tak faham jer apa yang saya tanya.. Sori la tokey nurseri kalau terbaca tulisan saya, tapi memang susah bagi saya nak berkomunikasi dengan pekerja bangla tu. Lain yang ditanya,  lain yang dia jawab...mak cik sabor je la yer.  Apa lagi nak tawar -menawar...   oh aku kechiwa....

Dalam proses angkut- mengangkut pasu tu, saya terpandang Encik Musa yang sedang melambai-lambai.. Uitttt..panggil saya ke?   Saya biarkan abangLa mengangkut pasu, saya meluru ke arah Encik Musa yang tampan bergaya....


Musa spp/ pisang hiasan. ( Sumber : Google )

Disebabkan terlupa nak bawa tab, saya pinjam gambar Google aje la yer. Sesungguhnya saya benar-benar tergoda denganmu.  Intai punya intai, nampak la harganya.  RM65 untuk satu polibag..  Agak-agak dapat tak harga RM50 ni? Dalam tu ada 3 atau 4 batang pokok.


Yang ni pun ada.. pinjam gambar Google lagi.
Bunga ni pun cantik..saya pun tak pasti ianya pisang atau bukan.  Cuma nampak daunnya seperti daun pisang... harga pun sama.. Minta-minta lah harganya boleh dikurangkan lagi bila saya berkunjung di lain kali. ohhhh aku tergoda...aku tergoda terkeciwa..


Encik Musa kat bawah ni dah lama menjadi penghuni taman. Saya minta daripada pekerja sekolah, sayang betul lihat dia cantas buang pokok. Daripada dibuang, baik bagi saya...kan..kan..kan?

Musa ornata ...tinggi hampir menyamai  ketinggian saya..164cm.

Monday, March 4, 2013

Takziah buat keluarga perwira negara.

Assalamualaikum..

Sedih, pilu terasa menyaksikan banyak nyawa anggota PDRM yang gugur semata mata mempertahankan bumi Malaysia yang tercinta ini..

Semoga Allah membalas jasa bakti semua perwira negara.. dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beramal soleh.. Sama-samalah kita doakan..

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga allahyarham yang terkorban di Lahad Datu, Sabah.
.
Al Fatihah...

kemboja putih ( sumber : Google )

Friday, March 1, 2013

Laman MOA

Assalamualaikum...

Baru baru ni berpeluang bersama PM di Dataran Shahbandar, K.Terengganu , Program Jelajah Janji Ditepati.

Jika kerbau dipegang pada talinya, manusia pula dipegang pada janjinya.... Dalam agama Islam sendiri menekankan pentingnya menunaikan janji, tak kiralah janji kepada siapa pun, janji itu suatu yang mesti ditunaikan..... sama- samalah kita renungi diri sendiri.

Dalam banyak- banyak booth yang mempamerkan pelbagai informasi dan jualan, saya amat tertarik dengan booth Kementerian Pertanian dan Industri AsasTani ini..... kenapa??? cantik sangat lor.......

rasa nak makan jer..wheeee



Laman sayuran


cantik kan?

Husna jangan petik tau...

budak-budak pun suka tengok tomato yang subur

kalau la boleh dirasa...heee

jom makan buah-buahan tempatan
Selamat mencuba di laman sendiri yer.... Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya, in shaa Allah.