Selamat hari Jumaat yang mulia..
Lama tak jenguk pokok mulberi nan sebatang di sisi rumah.. Masa beli dulu pokoknya kecik je..kurus ceding. Ada la buah yang ranum 2, 3 biji.. Asalnya angkut dari Penang, dah abis kursus intensif pjj kat USM, saya ajak keluarga jalan-jalan di sana, sebelum balik Terengganu.
Maka, berhijrahlah pokok mulberi ni merentasi Lebuhraya Timur Barat. Lama juga saya tanam dalam pasu. . .pokoknya masih lagi kecil dan melidi. . . Akhirnya, minta suami tanam ke tanah pula. . . Rupa-rupanya dia suka duduk atas tanah. . .subur yang amat dia sekarang. Pokok dah tinggi, dan gemuk.
Baru-baru ni minta suami cantas dahan-dahannya yang dah menghalang laluan kami ke laman belakang. . .dan lepas dicantas, banyak putik yang keluar. Mulberi ni antara pokok kegemaran Husna. Dia selalu intai buah-buah yang merah ranum masa balik dari sekolah. Semalam pun dia intai juga, cuma ada putik-putik buah yang masih kecil. . sabar ye. . .
Bila masak nanti, boleh la letak lagi gambarnya.
No comments:
Post a Comment