Moga ceria sentiasa dalam rahmat dan perlindunganNya.
Setiap orang pasti menyimpan memori cinta pertama mereka. Sekilas pandangan membuat hati tertawan, cuba- cuba untuk mendekati. . . .
Langkah kedua. . .merisik khabar tentang si dia yang berjaya mencuri hati. . .
Akhirnya, beli dan angkut balik rumah.
Ini lah orkid cinta pertama saya. Asalnya hanya mahu mencuba bela orkid. Banyak rasa negatif bersarang di minda. . .bolehkah saya? tak matikah? senangkah dijaga? macam-macam lagi. . . .
Rupanya menjaga orkid tak lah sesusah sangkaan saya. . .cinta pertama saya pun dah dua kali berbunga. . .kali pertama dulu hampir 3 bulan kembangnya. Dahulu, hanya dia satu-satunya orkid yang digantung di bawah pergola. Orkid `guri' , bak kata orang tganu. Selepas kehadirannya, makin murah rezeki saya. Kawan-kawan pun bagi banyak orkid untuk menemaninya. . .syukur, Alhamdulillah.
kuntuman yang agak besar |
warna kegemaran saya |
Dendrobium hibrid biasa saja. . .tapi dialah yang mencambahkan rasa suka saya kepada orkid . .
No comments:
Post a Comment