Semoga teman-teman dirahmatiNya selalu.
Kacang panjang merupakan sayur kegemaran anak-anak. Saya selalu masak kacang panjang lemak putih, atau digoreng sahaja. Tahun lepas saya dapat benih kacang panjang renek daripada biras saya. Terima kasih kak Khairul Ainiah. Mesti la saya tanam. . .benih free lagi tu. Tapi sayang hasilnya sikit saja. Kadang-kadang hanya dapat lima urat kacang, kadang-kadang lebih. . .tapi tak lebih dari 10 urat.
Mana nak dapat banyak hasil. . .pokok pun ada 8 batang jer. .Pokok yang ditanam sekarang pun, hasilnya cukup untuk Husna kunyah sambil melihat si Bulat bermain di laman.
kacang panjang renek |
putik |
Husna dah boleh tuai ni |
benih untuk pusingan seterusnya |
Husna selalu bertanya, ada kacang panjang tak? Mana la nak dapat kalau hari-hari nak. .bukan bunganya keluar setiap hari.
Apapun, saya simpan lagi kacang yang tua untuk dijadikan benih. . . Tak dapat dimasak pun, syukurlah dapat dijadikan ulam.
Rimbun cantik pokok ni. Kalau petik masa muda, senak buat snek sambil-sambil memandu.
ReplyDeleteterima kasih en.Is kerana sudi singgah laman husna. ni pokok kacang batch pertama, skrg dah beranak pinak. betul tu en. Is, sedap dimakan masa masih muda.
Delete