Followers

Friday, April 11, 2014

Penawar rindu.

Assalam.  Semoga teman semua berada di dalam redha Ilahi. . .

Semenjak sibuk dengan " pokok- pokok baharu" ,  terasa berlaku sedikit pengabaian terhadap pokok orkid.  Tetiba terasa rindu. . .rindukan keindahannya,  rindukan harumannya.  Orkid spesis dari keluarga Coelogyne ni dah lama tidak berbunga.  Kali terakhir kembang mengurai pada tahun lepas.  Akan tetapi,  bukan daripada rumpun yang ini.

Terlihat cuma ada setangkai.  Itupun cuma tujuh kuntum sahaja.  Syukurlah. . .




Sekadar melepaskan rindu padamu. . .hehehe. . .

Saturday, March 29, 2014

Ubi Keriting



Assalam dan selamat malam buat semua.



Entah kenapa,  tetiba rasa teringin sangat nak merasa pucuk ubi keriting dimasak lemak atau pun sekadar dicelur, buat cecahan sambal belacan.  Husna juga kehairanan melihat batang-batang ubi apabila dibuka kotak kiriman daripada Rose ( Semua Menjadi ).

Mungkin kerana saya belum pernah menanam pokok ubi di laman, keterujaan untuk memilikinya sangat lah tinggi.

Inilah batang-batang ubi keriting yang saya order daripada Rose.  Banyaknya. . ., tegur suami.  Hehehe,  biarlah,  nanti senang bila berpucuk banyak-banyak,  kan?

beli batang-batang gemuk, dapat percuma batang-batang kurus.

lebih kurang sebulan usianya


batang ubi keriting kurus pun bertunas juga.

Ketinggian pucuk yang keluar tu belum sampai satu kaki,  nampaknya kena bersabar dahulu sebelum menikmatinya.   Jutaan terima kasih daun keladi  buat Rose SM.  

Saturday, February 8, 2014

Nursery Titiwangsa.

Assalam dan salam ceria sentiasa buat semua teman.

Pertama sekali, maaf dipohon kerana begitu lama menyepi diri.  Usahkan laman di alam maya ini,  laman realiti pun terbiar.  Sesekali diuji,  terasa semangat hilang entah ke mana. . . namun syukurlah,  keadaan kian pulih seperti sediakala.  AlhamdulilLah Ya Allah.

Awal Januari yang lepas,  kami sekeluarga bertolak ke Perak.  Secara khususnya ke Seri Iskandar,  Tronoh, Perak kerana mendaftar Angah di UTP.  ( Walaupun saya tahu, hati Angah sebenarnya berbelah-bahagi sama ada untuk ke universiti atau mengikuti latihan rugbi bersama team Cobra.)   AlhamdulilLah,  rezekinya di sana juga bersama-sama Along.  Kadang-kadang rasa nak tergelak juga,  sudah lah bersekolah tadika dan sekolah rendah bersama-sama,  menyambung pelajaran ke universiti pun dapat universiti yang sama.

Sebelum bertolak,  saya memasang angan-angan untuk ke Saloma Vineyard untuk melawat ladang anggurnya, tapi hampa.  Demam batuk saya semakin menjadi- jadi.  Tambahan pula suami turut demam.  Macam berpakat pula.  Keesokan harinya, selepas mendaftar Angah, kami bertolak balik ke Terengganu.  Cuma berhenti makan tengahari dan solat di Puncak Titiwangsa.  Selama bertahun berulang-alik ke Pulau Pinang,  kami tak pernah berhenti di sini.  Entah kenapa tetiba terasa nak singgah.  Rupanya ada sebuah nursery kat atas sana. . . Alahai hai hai. . .tak pernah saya tahu. Rupanya sudah 3, 4 tahun beroperasi.

Sesi melawat nursery. . . .  .
Sempat juga masuk gambar. .hehe

Sesi memilih





Saya panggil pokok balung ayam je..

Tak tau nama




Black-eyed Susan vine

Hoya murah-murah.  RM10 sepasu. 


Intai buah anggur. . .tak nampak pulak

Kat depan nursery ada pokok ni.  Turung cinta,  bagitau pekerjanya.


Saya panggil Buah Cinta.  Pernah nampak di CH


 Sesi mengangkut pokok oleh Husna. . .




Yang ini umi punya

Ini juga. . .

Pokok tak tau nama dan tak beli juga.  Daun macam nanas, tapi bunganya cantik.
Harap tidak pening tengok banyak gambar hari ni. Itu baru sebahagian. .hehe. .

Selamat Tahun Baru juga,  walaupun dah tak berapa baru.

Rindu semua. . .

Saturday, December 21, 2013

Kailan Hidroponik

Assalam.

AlhamdulilLah. . . setiap kali saya menanam secara hidroponik,  hasilnya agak lumayan berbanding bertanam di dalam pasu.  Kadang-kala datang juga mood sedih apabila melihat hasil yang tidak seberapa.   Mungkin tiada rezeki lebih kerana ilmu pertanian yang kurang. . .hehehe.  

Kali ni bertanam kailan.  Pokok kailan sebenarnya disemai di atas tanah.  Memandangkan pertumbuhannya yang sangat lambat,  saya alihkan ke takung hidroponik.  Syukur. . .subur dan besar-besar daunnya.






Ermmm. . .dah terbau kailan ikan masin. .yum yum.

Friday, December 20, 2013

Belajar Tanam Anggur.

Assalam.

Salam petang Jumaat buat semua teman yang budiman.

Saya benar-benar teruja ketika membaca blog teman-teman yang bertanam pokok  anggur.  Pokoknya yang hidup subur,  serta berbuah manis yang bergugus-gugus seperti di luar negara.  Hasrat menanam anggur sudah lama tersemat,  tapi saya tidak yakin ianya dapat hidup seperti yang dipaparkan di blog-blog penanaman anggur yang hebat itu.

Pada awal tahun saya telah menempah dua pokok anggur dari Saloma Vineyard & Nursery,  tapi kedua-duanya dah arwah dikerjakan ayam-ayam jiran.  Kasihannya pokok-pokok tersebut.  Entah bila jiran saya nak bina reban untuk ayam-ayamnya,  saya pun tak pasti.   Mentang-mentanglah pelihara ayam kampung,  semua dibiar lepas bebas begitu.

pelepah palma sebagai perisai daripada serangan Cik Yam.

berusia 2 bulan di laman


Ini pokok anggur edisi kedua saya. . .  Belum terfikir nak letak kat mana.  Saya minta suami bina para-para yang ringkas sahaja untuk diletakkan di tepi pagar.  Suami pula suruh letak pada pergola orkid sedia ada.  Hehe. . .tengok lah nanti berumah di mana. . .  Apapun, syukur alhamdulillah,  pokok ni boleh tahan suburnya hingga pokok berdekatan pun dipautnya.

Tuesday, December 17, 2013

'Sexy' Dalam Semak.

Assalam.  Ceria sungguh hari ni. . . . Alhamdulillah.

Kasihan Sexy Pink saya.   Itu la. . . main letak saja kat mana- mana yang nampak kosong.  Akhirnya,  nampak agak terpinggir bersama pokok dan rumpai lain.  Sehingga sekarang,  saya baru mempunyai empat jenis pokok heliconia,  dan ini  yang paling saya suka .

antara ratusan spesis heliconia

Dikhabarkan berasal dari benua Amerika,  Heliconia chartacea ini mampu tumbuh melebihi 7 meter.  Ermmm,  tak kisah lah. Apa yang penting, warna merah jambunya sangat menawan kalbu.


Sexy Pink selesa dalam semak

Saya juga masih tercari- cari si kembarnya,  Sexy Scarlet.  Tapi entah bila dapat bertemu. . . tambahan pula,  lawatan sosial ke nurseri berhampiran pun bukannya rajin sangat dilakukan. .hehe.

Sexy Scarlet. . .*gambar Google*

Sunday, December 15, 2013

Benih Kasih Sayang. . .

Assalam,  dan salam penuh keceriaan buat semua teman. . . .

Rasa kurang sihat dulu rupanya petanda akan demam dan batuk berpanjangan.  Alhamdulillah,  nasib baik dalam tempoh cuti lagi dan setelah dua minggu melaluinya,  kini semakin pulih.  Bak usikan doktor yang saya jumpa,   `demam musim hujan tu. . . .'. .

Pada minggu lepas, saya menerima kiriman benih daripada Rose Semua Menjadi.  Minggu sebelumnya saya menerima benih-benih daripada Diana di Kebun Bahagia Bersama.  Memandangkan keadaan tidak mengizinkan,  maka saya tangguhkan dulu hasrat menyemai benih-benih harapan dan benih-benih kasih sayang yang disertakan bersama.  Apapun,  berbanyak-banyak terima kasih buat Diana dan Rose.


Dari Kebun Bahagia ~  macam-macam ada. . 


Daripada laman Semua Menjadi 


Benih kasih sayang daripada Rose SM  *free ler tu*


Bayi kasih sayang,  si tenggek burung


Keratan tenggek burung

Moga nanti dapat sama-sama menghirup udara di Laman Husna,  in shaa Allah.