Salam petang Jumaat buat semua teman yang budiman.
Saya benar-benar teruja ketika membaca blog teman-teman yang bertanam pokok anggur. Pokoknya yang hidup subur, serta berbuah manis yang bergugus-gugus seperti di luar negara. Hasrat menanam anggur sudah lama tersemat, tapi saya tidak yakin ianya dapat hidup seperti yang dipaparkan di blog-blog penanaman anggur yang hebat itu.
Pada awal tahun saya telah menempah dua pokok anggur dari Saloma Vineyard & Nursery, tapi kedua-duanya dah arwah dikerjakan ayam-ayam jiran. Kasihannya pokok-pokok tersebut. Entah bila jiran saya nak bina reban untuk ayam-ayamnya, saya pun tak pasti. Mentang-mentanglah pelihara ayam kampung, semua dibiar lepas bebas begitu.
pelepah palma sebagai perisai daripada serangan Cik Yam. |
berusia 2 bulan di laman |
Ini pokok anggur edisi kedua saya. . . Belum terfikir nak letak kat mana. Saya minta suami bina para-para yang ringkas sahaja untuk diletakkan di tepi pagar. Suami pula suruh letak pada pergola orkid sedia ada. Hehe. . .tengok lah nanti berumah di mana. . . Apapun, syukur alhamdulillah, pokok ni boleh tahan suburnya hingga pokok berdekatan pun dipautnya.
Semoga berjaya menuai hasil lumayan!
ReplyDeletehihihi. . .tak tau la camne hasilnya Kak Mar. . Harap-harap dapat la merasa buahnya setahun dua lagi.
Deletewah suburnya..akak jaga anggur yg.dibeli dalam bulan mei tahun ini, dari nusry sg.buloh..tak mau besar 4 helai je daunnya, hidup enggan mati tak mahu..
ReplyDeleteKongsi sikit cara nak buat dia hidup selai baja dan air hihhi
Pokok yang ni beli dari CH. Kebetulan kawan ke sana, kirim sepokok. Setakat ni belum letak apa-apa baja lagi kak. Tapi guna medium yang dibeli bersama-sama dua pokok anggur yang dah arwah tu. Dari pembacaan saya, pokok anggur tak suka banyak air, tapi masa hujan lebat baru-baru ni, kena hujan jgk.
Delete