Didoakan agar semua teman sejahtera sentiasa. In shaa Allah.
Selamat Hari Bapa buat semua bapa di dunia. Moga tidak terlewat untuk mengucapkannya kepada rakan- rakan yang bergelar bapa.
Hari ni pinjam gambar daripada Incik Google.
Idea yang kreatif dan mesra alam |
Dah lama tengok gambar-gambar ni, tapi baru hari ni nak letak dan tanya rakan-rakan, siapa yang pernah cuba? Nampak senang je kan, tebuk lubang-lubang pada batang pisang, kemudian letak anak-anak sayuran yang berkenan di hati kat dalam lubang tu. Sangat mesra alam woooo.
Belum cuba, tak tau hasilnya, kan ? Nampak senang je, jom cuba.
Ini pulak pisang sulung incik suami. Dia pun tak tau pokok pisang dia dah berbuah. . .heee. Pisang apa ntah. Buah sulung pun cuma ada empat sikat. Harap-harap dapat lah merasa pisang yang ditanam sendiri, in shaa Allah. Pokoknya rendah, kecil molek saja. Boleh juga cuba tanam sayur atas batang pisang nanti. Hehehe. . . .
Salam Maszz,
ReplyDeleteOh beginilah rupa sayur yang ditanam dalam batang pisang ya! Diana dari KBB yang beritahu semasa dia datang ke rumah Mak Aji beberapa hari lepas. Mak Aji punya batang pisang memang banyak hari tu sebab tebang 4 pokok sekaligus, cuma dipotong2, dikeringkan dan akhirnya bakar aja. Insya-Allah ada sebatang lagi yang baru keluar jantungnya, bolehlah kut kalau Pak Aji rajin usahakan. Bestnya kalau dapat buat mcm ni!
Waalaikummussalam mak aji..
Deletenampak gayanya mak aji boleh cuba ni..batang pisang pun ada..hehe
tak pernah cuba, cer cuba nanti share yer...hehehe
ReplyDeleteHehehe...pakat2 share ye..
Deletekena bubuh tanah jugakan dalam lubang pisang tu.Jom cuba.
ReplyDeleteRasanya gitu la...
Delete