Followers

Saturday, June 15, 2013

Tangkapan petang Jumaat.

Assalamualaikum.

Semoga teman-teman berada dalam keadaan sihat wal afiat. . .dapat menunaikan kewajipan dan tanggungjawab yang diamanahkan.  Aachoooo. .saya masih selsema.  Alhamdulillah,  cuma selsema dan sedikit batuk.

Petang semalam saya memborong hoya. Banyak betul.  Belum pernah saya beli sebanyak tu.  Memandangkan kawan bawa dari Dungun nun. . .rasa tak sampai hati pulak nak tolak.  Saya beli 6 pokok,  dan dapat satu percuma.  Alhamdulillah.  Cuma tinggal satu pokok yang masih berbunga. . .warna pink lembut dan ditengah-tengahnya berwarna merah.  Cantik.  Sekali pandang seperti bunga hoya kerinting,  tapi bila diamati lagi, ada perbezaannya. Pokok-pokok lain dah tinggal tangkai bunga,  baru habis kembang. Takpe lah,  in shaa Allah, lain kali kita tengok bunga-bunga hoya warna lain.

Hoi
Hoi ya hoi
Kita semua gembira.

Nyanyi sikit lagu 40 Penyamun.  Mesti suami saya kata "tamaknya". . .bila lihat saya dengan pokok-pokok tu.  Heeeee, takpe la kan.  Bukan tamak,  tapi dek kesukaran saya mendapatkannya,  kasi angkut semua la, kan?.

Kasi tayang sikit. .



masih ada yang belum kembang

deretan hoya baru menumpang pergola orkid hutan
kasi zoom sikit. . .



Dalam kepala duk fikir,  nanti kat mana nak sangkut hoya-hoya ni semua.  Dah la jenis suka menjalar. . . ermm. . .ermmm . . .nanti-nanti la  fikir balik.

6 comments:

  1. Wa'alaikumsalam.
    Salam ceria semoga cepat sembuh.
    Banyaknye hoi hoya hehehe sempatlah ikut nyanyi.
    Terimakasih kongsikan gambar bunga ini, akak tak pernah tengok bunga ni..cantik lah.Murah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah, mudah-mudahan. ubat pun dah ambil, sebab tak tahan nak terbersin jer.
      hehe..nyanyi xper kan kak..jgn ikut menyamun sudah. bagi saya, harganya xde la mahal sgt, sebab di sini jarang nurseri yang jual. kawan bagi rm20 sepokok, dah ok, kan.

      Delete
  2. salam dik,
    saya baca entry 9 april 2013, kemboja cina tu ditanam melalui benih ye.Kalau ada benih boleh tolong kirimkan pd.akak?, nanti bincang kosnya, boleh?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam. selain biji benih, cara keratan batang pun saya gunakan utk biakkan kemboja cina. biasanya bijinya saya x simpan, dibiarkan berterbangan ke mana saja. kalau ada bijinya yang matang, in shaa Allah saya simpan.

      Delete
  3. assalam.. banyaknya hoya... senang ke nak jaga hoya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam..
      hehehe, nak tergelak pun ada tengok hoya2 tu. rasanya takde la susah sgt nak jaga. 2 pasu yang terdahulu pun, alhamdulillah sihat lagi. saya cuma siram dan letak baja sikit2. kata org, hoya perlu didera. bagi cahaya matahari banyak2, baru berbunga. walLah hu A`lam.

      Delete