Followers

Tuesday, April 2, 2013

Sandy makan pisang

Assalamualaikum. .

Didoakan teman-teman sihat, sesegar tanaman di laman. . .

Semasa saya menyiram tanaman di laman dapur, telinga ni dah menangkap suatu bunyi seperti sedang menggigit. . .

Saya tak ambil peduli pun, tapi Husna yang berteriak-teriak. . .

Ummi. . .ummi, tengok Sandy tu makan pisang makcik. . .

 Sandy? Sandy mana pulak ni Husna?

Rupa-rupanya Husna terlihat seekor tupai sedang mengerjakan jantung pisang Benggala terbiar, kepunyaan jiran saya.  Sandy pulak watak tupai dalam Spongebob tu. .  . Oooooo, patut la Husna panggil tupai tu Sandy . .

Sandy malu-malu..

sayangnya pisang benggala terbiar..

Bertandan-tandan pisang terbiar,  mungkin tiada permintaan pembeli,  kerana pisang ni mudah didapati di sini.  Masak nanti jadi rezeki burung, tupai atau musang pula.


makan petang

pergi sekejap, tapi datang balik

si jantung hati

Di tempat saya,  pisang Benggala yang muda dimasak acar. . .tapi prosesnya rumit sedikit .  Putik pisang dipotong  nipis-nipis,  tanpa putus.  Dicelur, disejukkan, diramas sedikit supaya keluar air dari putik pisang tu.  Kemudian, baru lah dimasak.  Bukan tak boleh buat, tapi hanya saya sorang yang makan.  Jadi, amatlah berbaloi saya beli sahaja di pasar. . .hehe


Sunday, March 31, 2013

Jalan-jalan Sekayu 2

Assalamualaikum.

Semoga semua di dalam lindungan RahmatNya.

Saya nak sambung sikit lagi cerita Sekayu. Kami sampai lebih kurang pukul 10 pagi, pengunjung masih belum ramai. Akan tetapi masa kami keluar dari situ, dalam lingkungan 1 petang, masih ramai lagi yang berpusu-pusu masuk.  Ibu bapa yang bawa anak kecil, bayi pun ada.  Memandangkan cuaca sangat panas sekarang, terasa kasihan melihat anak kecil berpanas begitu. .

Antara flora yang menarik minat saya. . .paku serani ( lycopodiella-cernua )


Teringat zaman kecil saya, hidup di kampung bersama arwah nenek. . Arwah selalu mengajak saya masuk ke kebun getah mencari pucuk ulam, saya selalu nampak paku ni. Rasanya arwah tidak memanggil paku serani, tapi paku sawa gong. Saya selalu minta untuk dibawa pulang untuk ditanam, arwah menegah, nak buat apa tanam pokok begini.  Saya tak jadi ambil. Hehe. .




 Cantik pokoknya. . .seperti taman batu karang hijau.

teratai putih

heliconia yang ditanam

heliconia lagi
seperti bunga jambu air

lumut pada batang pokok

nampak pokok gergaji juga
 Antara fauna yang saya jumpa . . .

ulat gonggok besar atau gelato yang dah mati 

apa tu?
anak tilapia hitam dan lain-lain

 Bagi yang nak bermalam, tempat penginapan juga disediakan. . .tapi kena tempah awal la. .





Husna dan acik


  Nak balik sudah. . .bye Sekayu. .

Thursday, March 28, 2013

Jalan-jalan Sekayu 1

Assalamualaikum.

Semoga hari Jumaat yang mulia ini membawa sejuta rahmat dan berkat dariNya.

Sedar tak sedar, dah pun hari Jumaat. Cuti pun dah nak habis. Saya, Husna dan acik aje yang cuti, suami masih bekerja seperti biasa. Nampaknya tak tercapai juga hajat nak menonton perlawanan rugbi MSSM di Ipoh, Perak.   Angah dah berada di Tingkatan Lima, tahun ni merupakan tahun terakhir angah mewakili Terengganu ke MSSM.  Apakan daya, suami sibuk dengan program-program kokurikulum jabatan yang dijadualkan berlangsung selepas cuti pertengahan penggal.  Takpe lah, redha je dengan ketentuanNya.

Rabu lepas, suami ajak anak-anak mandi di Sekayu.  Lama juga tak mandi di situ.  Sekayu masih begitu, masih comey zamang- berzamang, nyanyi Salem Iklim. . .hehe.

Saya tak mandi pun.  Tapi sibuk dengan aktiviti skodeng orkid hutan.  Saya tinjau-tinjau pada batang pokok yang besar-besar tu. . . banyak juga. Tapi untuk saya yang baru berjinak-jinak dengan dunia orkid ni, nampak macam sama jer.  Antara gambar-gambar orkid hutan di Sekayu. . .



Bulbo sp rasanya










Dalam hati saya mohon, gugurlah wahai orkid. . .saya nak ambik awak. .  Tapi tak gugur juga, walaupun ditiup angin. . .






bunga orkid hutan

orkid spesis

Kami pun sekadar berehat pada peringkat pertama air terjun Sekayu, kalau rajin ke atas lagi, mungkin banyak spesis lagi yang dijumpai.

Tuesday, March 26, 2013

Tanam kacang panjang.

Assalamualaikum.

Semoga teman-teman dirahmatiNya selalu.

Kacang panjang merupakan sayur kegemaran anak-anak. Saya selalu masak kacang panjang lemak putih, atau digoreng sahaja. Tahun lepas saya dapat benih kacang panjang renek daripada biras saya. Terima kasih kak Khairul Ainiah. Mesti la saya tanam. . .benih free lagi tu. Tapi sayang hasilnya sikit saja. Kadang-kadang hanya dapat lima urat kacang, kadang-kadang lebih. . .tapi tak lebih dari 10 urat.

Mana nak dapat banyak hasil. . .pokok pun ada 8 batang jer. .Pokok yang ditanam sekarang pun, hasilnya cukup untuk Husna kunyah sambil melihat si Bulat bermain di laman.

kacang panjang renek

putik 

Husna dah boleh tuai ni

benih untuk pusingan seterusnya

Husna selalu bertanya, ada kacang panjang tak? Mana la nak dapat kalau hari-hari nak. .bukan bunganya keluar setiap hari.

Apapun, saya simpan lagi kacang yang tua untuk dijadikan benih. . . Tak dapat dimasak pun, syukurlah dapat dijadikan ulam.

Saturday, March 23, 2013

Thrixpermum scopa

Assalamualaikum. .

Moga amalan kita hari ini dan seterusnya diberkati-Nya sentiasa. .

Hari ni layan orkid hutan pulak. . . Baru beberapa minggu diikat pada batang paku gajah yang saya dapatkan dari nurseri makcik, dah keluar bunganya. . . Tapi sayang, cuma sekuntum aje. .



Tag oleh Encik Ahmad

Baru belajar berbunga untuk mak angkatnya. . . Buat masa sekarang,  semua orkid hutan dalam koleksi saya merupakan hadiah daripada sifu orkid Bukit Besi,  Encik Ahmad Ngah.  Moga-moga akan berbunga lagi pada masa akan datang. .

Si Feringgi

Assalamualaikum..

Semoga teman sekalian diberikan kesihatan yang baik..

Jauh belayar hari ni yea. . . sampai ke Feringgi ( Portugis ) dah kita ni. .

Saya pun tak pasti kenapa labu manis lebih dikenali sebagai labu feringgi di negeri kelahiran saya. . . Celik mata saja saya dah dengar arwah nenek, arwah emak saya memanggilnya begitu. . . Hinggakan anak-anak bertanya kenapa ummi panggil labu tu labu feringgi. . no komen. . . hee. .  Makan je la nak, rezeki Allah tu.

Beberapa hari lepas ada taburkan biji-biji labu, dah tumbuh elok, tapi belum alihkan ke dalam polibeg.  Dulu-dulu saya tak tanam pun, campak jer biji-bijinya tepi pagar belakang, in shaa Allah, tumbuhlah ia. . .dan akhirnya mati terbiar begitu saja.  Kesian pulak pada si feringgi.  Kali ni nak cuba tanamnya hingga besar.


tunggu sehari dua lagi untuk dialihkan.


Along pulak memang suka sayur lemak labu manis, maka saya tuai lah sebiji tadi.
Feringgi Besut. .dari Pasar Tani
 Untuk along. . .permintaannya bila balik rumah. . .
sayur labu sahaja..malas letak sayur lain

Banyak pulak bijinya. . .boleh semai lagi ni. Tapi tak jamin dapat hasilnya. .hee


Friday, March 22, 2013

Cinta pertama.

Assalamualaikum. . .

Moga ceria sentiasa dalam rahmat dan perlindunganNya.

Setiap orang pasti menyimpan memori cinta pertama mereka. Sekilas pandangan membuat hati tertawan, cuba- cuba untuk mendekati. . . .

Langkah kedua. . .merisik khabar tentang si dia yang berjaya mencuri hati. . .

Akhirnya, beli dan angkut balik rumah.

Ini lah orkid cinta pertama saya.  Asalnya hanya mahu mencuba bela orkid. Banyak rasa negatif bersarang di minda. . .bolehkah saya? tak matikah? senangkah dijaga?  macam-macam lagi. . . .

Rupanya menjaga orkid tak lah sesusah sangkaan saya. . .cinta pertama saya pun dah dua kali berbunga. . .kali pertama dulu hampir 3 bulan kembangnya.  Dahulu,  hanya dia satu-satunya orkid yang digantung di bawah pergola.  Orkid `guri' , bak kata orang tganu. Selepas kehadirannya, makin murah rezeki saya.  Kawan-kawan pun bagi banyak orkid untuk menemaninya. . .syukur, Alhamdulillah.

kuntuman yang agak besar

warna kegemaran saya


Dendrobium hibrid biasa saja. . .tapi dialah yang mencambahkan rasa suka saya kepada orkid . .