Followers

Thursday, February 28, 2013

Selamat malam sayang

Assalamualaikum.

Selamat malam buat semua sayangku...

Sepatutnya minggu ni, minggu kami sekeluarga berkumpul di rumah. Namun Dia punya perancangan lain untuk kami.... Semenjak beberapa minggu yang lepas, along ber sms dengan adiknya angah....bertanyakan tarikh angah bermalam bersama keluarga. Dengan gembiranya angah memaklumkan dia dapat pulang pada tarikh cuti pertengahan semester along.

Beberapa hari sebelum malam ini, angah menghantar sms kepada saya, memaklumkan dia turut terpilih mewakili daerah Kuala Terengganu Utara( KTU ) ke Liga Rugbi Majlis Sukan Sekolah-sekolah Terengganu ( MSST ) yang berlangsung pada 28 Feb hingga 2 Mac di MRSM Kuala Berang..... Ishhhh, ishhhhh...ishhhhhh

Suami tercinta pula terlibat dengan kursus di Kuala Lumpur..... Dalam keadaan demam, beliau bertolak pagi tadi......

Pagi tadi juga, acik pula menelefon, tak jadi bermalam di rumah minggu ni....kerana turut bersama pasukan rugbi Kuala Terengganu Selatan ( KTS ), memberikan sokongan penuh kepada pasukan impiannya....ohhhhhh, tak balik juga.

Hujung minggu ni cuma ada saya, Husna, dan along yang baru tiba dari Tronoh pagi tadi.... Apapun, didoakan semua sayangku...di Kuala Lumpur, di SMK Matang, di SMKTAI dan di rumah beroleh kebahagiaan dan kejayaan selamanya....


Selamat malam sayang-sayang ummi.......



Cik Vanda yang jelita

Assalamualaikum...

Sudah beberapa hari hujan mencurah-curah di bumi Terengganuku yang tercinta.....dan beberapa negeri Pantai Timur mula dilanda banjir gelombang ketiga. Namun, dalam musibah ada hikmahnya.... Sesungguhnya, hanya Dia lebih tahu...

Aktiviti di laman juga agak terbantut...laman hadapan tidak becak lagi ( lecah/ lecoh kata orang Terengganuku ) setelah diletakkan batuan laman, tetapi agak tidak selesa bila berbaju hujan ketika merumput, memotong dan sebagainya.

Apa pun, kita layan aje lah cik vanda warna ungu pekat yang jelita ini. Moga menghiburkan tatkala hujan.....heeee
Jelitanya dia

Saya suka dia

Rajin-rajin berbunga yea

Hari pertama cik vanda di laman husna, dikuarantin dulu.
Maaflah, bab nama-nama orkid ni, saya tak berapa nak pasti sangat. Makcik nurseri Harapan di Chendering bagitahu si jelita ni dari keluarga vanda. Maklumlah.....baru beberapa bulan saya jatuh cinta dengan orkid. In shaa Allah, saya akan cuba untuk mengenalinya lebih rapat lagi....hingga ke hati........Hehe

Saturday, February 23, 2013

Laman Encik Ahmad di Bukit Besi

Assalamualaikum,
dan
Salam 1Malaysia.

Semalam sempat berkunjung kali kedua ke rumah sahabat alam di Bukit Besi Terengganu.
Saya lebih suka memanggil beliau `sifu orkid'. Pada saya, pengetahuan beliau tentang orkid sangat tinggi, seiring dengan minat serta pengalaman Encik Ahmad sejak remaja lagi. Melihat pada pokok orkid sahaja, beliau dapat menamakannya dengan lancar, sedangkan saya, nak menyebut nama-nama yang telah ditag pun terkial-kial, rasa nak tergeliat lidah.

Banyak juga gambar bunga orkid yang sempat disnap oleh Husna, jurugambar 8 tahun saya..heeee...tetapi banyak lagi yang belum pernah saya lihat bunganya.
Eria

Eria yang sama..     dah pindahmilik pun..heeeee

Bulbo








Gonggora...aik, baring pulak.

macam burung merah yang sedang terbang




Ni bukan orkid. Strawberi cucu En. Ahmad nih..

Terima kasih banyak-banyak sifu...sentiasa sudi menerima kunjungan kami...dan juga ole-ole yang diberikan.

Thursday, February 21, 2013

Si Bulat

Model berbayar untuk laman husna... 
                 Si BULAT..

Nama penuh : Bulat anak Aboo

Tarikh lahir : 31 Ogos 2012

Umur  : 6 bulan

Bapa : Aboo ( Parsi )

Ibu  : Tam ( kucing kampung )

masa kecik saya sangat gemuk dan bulat..

sebab itu ummi bagi nama saya Bulat..




Selamat petang encik costus

Assalamualaikum..

Selamat petang...saya tak dapat nak membelai sangat pokok pokok di laman petang ni..
sakit kepala berpanjangan...sejak pagi tadi... Ubat dah telan, tapi keadaannya masih sama. Mungkin banyak dosa sangat. Redha je la.. Alhamdulillah.

Hanya sempat membelai encik costus yang lebat berbunga.. Warna merahnya senang mencuri perhatian bola mata saya...

costus ; sangat mesra di laman husna..



Tuesday, February 19, 2013

Cip cip cip cip....banyaknya anak burung


Riuh la berkicau..
Banyak betul anak burung.
Pada mulanya saya langsung tidak mengenalinya, malah tidak pernah tau tentang kewujudannya di bumi Allah ini...   Hinggalah pada suatu hari, riuh kawan saya Dik Jaa bercerita tentangnya...  Ape bende la budak-budak ni cerita, bunga burung? pokok bunga burung? Apa tu...???  Entah ler... Jenuh la Dik Jaa bercerita.....rupa-rupanya pokok ni..Lucky Bird..

Terima kasih dik Jaa....hehehe

Si manis azalea



penyeri di tepi tangga rumah..si manis azalea..

Sunday, February 17, 2013

Azalea yang manis.

Assalamualaikum.

kompius betul bila tanya nama cik adik manis ni...kata zie, tuan punya nursery....namanya Aliza.. Hah..macam nama kawan saya la pulak.. Puan Aliza memang manis orangnya..hehehe.

Sampai di rumah, terus google nama dia yang ingat ingat lupa.... Hai cik zie, bukan aliza laa... tapi azalea. baru jer letak di tepi anak tangga rumah..memang pandang dia dulu, kadang kadang lupa nak susun kasut atau selipar, sebab pandang cik azalea yang manis ni..

Saturday, February 16, 2013

Laman Husna

Assalamualaikum...

Meskipun tidak memiliki laman yang luas dan indah, namun cukup memberikan kepuasan di jiwa penghuninya.. Alhamdulillah...

Terasa cukup senang dan tenang bila bersantai di laman husna.. meskipun di luar pagar terbentang jalan yang sentiasa sibuk, kenderaan berat dan ringan bertali arus.. sesekali tidak mengusik kedamaian ini.

Sesekali anak bujang mengomel, ruang menendang bola semakin sempit, saya hanya mampu tertawa.. marah-marah sayang cuma... ada masanya anak-anak bujangku ini lah yang berpeluh menyangkul tanah merah berbatu, menggali lubang untuk ibunya yang tercinta.. terima kasih. Alhamdulillah, anak-anak ummi baik hati dan gagah belaka.

Sesekali sang murai bertenggek di pohon palma, berlagu riang.. merbah sibuk mengintai ulat di pohon pisang,   merbuk berlenggang mencari rezeki di atas hamparan rumput..sangat membuat hatiku terasa girang.. Alhamdulillah.

Apa pun, laman ini saya abadikan khas untuk si bongsu Husna, yang sentiasa rajin membantu di laman...


Assalamualaikum

Assalamualaikum dan salam perkenalan daripada Laman Husna...semoga hidup kita sentiasa disulami keindahan, seindah alam ciptaanNya.