Followers

Monday, July 29, 2013

Rezeki Ramadhan Kareem.

Assalamualaikum.

AlhamdulilLah, syukur pada Mu Ya Allah kerana masih memberikan peluang kami semua menikmati Ramadhan-Mu ini.

Tengah hari tadi saya disapa rezeki dari Bumi Di Bawah Bayu. Bingkisan kiriman daripada Kak Puteri ( disinidalamlingkaranini.blogspot.com )  yang baik hati.  Walaupun telah dimaklumkan oleh beliau sebelum ini akan kiriman tersebut,  tidak terduga sama sekali akan mendapat sebanyak itu.

Terima kasih yang tidak terhingga kak. . .   Semoga Allah melipat gandakan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kak Puteri terutama projek tanah pantai beliau.  Rasa malu pulak menerimanya.   Saya cuma kirimkan keratan kemboja merah  dan si patah tulang, serta anak-anak pokok kemboja cina.  Kak Puteri membalasnya dengan pelbagai jenis benih bunga dan sayur,  anak dan keratan snapdragon,  kopi asli yang segar serta yang paling banyak, iaitu ikan masin jenis anjang-anjang dan ikan sulit.  Oh,  banyaknya.

Terima kasih sekali lagi kak Puteri Purnama.

Kiriman merentasi Laut China Selatan



disertakan juga sepucuk surat cinta..hehe

kopi segar, pokok snapdragon, pelbagai jenis benih dan ikan masin

kat atas tu ikan sulit, dan di bawahnya ikan anjang-anjang . .belum pernah makan bha.


Untungnya bersahabat dengan rakan- rakan  yang murah hati,  kan ?  Syukur, alhamdulilLah.

Wednesday, July 24, 2013

Remayung Lebar Daun

Assalamualaikum.

Didoakan agar semua teman berada dalam keadaan yang sangat memuaskan.  In shaa Allah.

Hati ini baru tergerak untuk mencuba menanam remayung,  setelah membaca post-post daripada teman laman maya ini.  Memang saya suka sayuran,  tak kira apa,  alhamdulillah saya boleh jer menelannya.

Kalau tak silap, saya semai remayung hijau dan merah ni pada akhir Jun.  Sangkaan saya,  ianya tak nak tumbuh sebab agak lama menunggu. Rupanya tak sia-sia menanti.  Dan sekarang, rasanya tak sabar nak menuainya.

Gambar minggu lepas.

remayung hijau

remayung merah


Kat bawah ni pulak gambar petang tadi. . . .



Daunnya sangat lebar.  Hampir dua tapak tangan saya.



Remayung hijau dah melilit.  Saya cuma gunakan dahan ( atau ranting ) mulberi yang dicantas untuk menyokong lilitannya.

Ermm...  teringat kisah  Sang Sapurba berwaadat dengan Demang Lebar Daun.   Semasa bersekolah dahulu saya pernah mengkajinya.   Namun hari ini, tak sabar rasanya nak berwaadat dengan remayung lebar daun pulak.  Masak tumis atau pun digoreng bersama ikan masin.  Cepat-cepat la besar. Heee....

Monday, July 22, 2013

Tomato ceri Tropical Ruby.

Assalamualaikum.

Salam sejahtera buat semua teman berkebun,  semoga sentiasa dilimpahi rahmatNya.  Lama tidak berceloteh tentang laman husna. Rindu juga pada teman-teman semua, yang sentiasa ada cerita terbaharu.  Apakan daya, keadaan kesihatan saya kurang mengizinkan,  sehingga menjejaskan mood untuk mengemaskini cerita terkini.

Baru hari ini saya berpeluang,  syukur alhamdulillah.  Itupun setelah 3 kali berulang-alik ke klinik, menghabiskan beberapa jenis antibiotik.  Terkini,  saya ambik madu,  kapsul habbatus sauda serta air zam zam yang dibawa pulang oleh suami yang mengerjakan umrah baru-baru ni.  AlhamdulilLah,  rasanya agak selesa sedikit berbanding sebelumnya.  Apapun, hati sentiasa redha dengan ujianNya.

Jom tengok tomato ceri di laman dapur.  Benih daripada Encik Iskandar, tanamsendiri.com.  Saya semai 10 biji benih, alhamdulillah  semuanya bercambah.  Namun beberapa hari kemudian,  saya lihat tinggal hanya dua pokok sahaja.  Pokok-pokok lain habis dikais ayam-ayam jiran yang sangat sudi bertandang di laman dapur.  Dek kelalaian saya juga,  lupa mengangkat pasu semaian ke tempat lebih tinggi.


pokok meliuk-lentok akibat tidak dipantau dari awal

Gambar berserabut dengan kucai dan pisang benggala di belakang

buah sulung

Buah pun tak lah banyak sangat,  sehingga petang tadi baru ada 9 biji.  Harap-harap akan banyak lagi yang menjadi buah,  memandangkan bunga-bunga masih banyak menguning.

Selamat berpuasa dan beribadah.

Friday, July 12, 2013

Salam Ramadhan 1434Hijrah.

Assalamualaikum.

Semoga rakan-rakan yang meraikan kedatangan Ramadhan kali ini sentiasa diberkatiNya dalam setiap amalan.

Rasanya belum terlambat mengucapkan salam Ramadhan kepada semua sahabat Laman Husna,  walau pun hari ini hari ke empat kita menjalani ibadah puasa.

Sepanjang empat hari Ramadhan ini,  alhamdulillah dirasakan cuaca di sini begitu nyaman, tidak terlalu panas sehingga meletihkan badan.  Puasa juga dapat disempurnakan dengan baik.  Alhamdulillah.  Semoga Allah menerima puasa dan segala amalan kita semua.  Dalam masa 2 minggu sebelum Ramadhan,  saya berasa agak kurang sihat,  bekerja pun seperti dipaksa-paksa.  Iyelah,  semuanya milik Dia Yang Esa.

Ramadhan kali ini turut disambut cik Cattleya merah oren ini.  Syukur dah belajar berbunga.  Sebelumnya, dua tiga kali berputik bunga,  tapi gugur sebelum berkembang.  Walaupun saiznya agak kecil,  tapi kira berjaya juga la dia berbunga.  Kawan-kawan saya kata,  cattleya ni orkid malas.  Agak malas berbunga,  betul ke?  Saya pun tak pasti. . .hehe.





Cantik juga, kan?

Monday, July 1, 2013

Tuaian kubis mini.

Assalamualaikum.

Semoga teman sekalian dapat menikmati malam dengan tenang setelah berlelah seharian.
In shaa Allah,  beroleh kerehatan.  Bak kata orang Teganu. . . ' duk betul urat '.

Petang tadi saya dan Husna mengerjakan laman dapur.  Si Bulat cuma memerhati.  Iye lah, mana lah kucing Husna tau buat kerja.

Kubis empat beradik telah selamat saya tuai tiga biji.  Satu pokok lagi masih dibiarkan di dalam pasu.  Nak tergelak pun ada melihatnya. .  Pokoknya boleh dikatakan besar juga, tapi bola kubisnya cuma sebesar penumbuk saya. . kecik aje. Takde rezeki kubis besar,  dapat kubis mini pun ok lah.

Kubis mini dah selamat dibuat acar.  Sedap juga.  Rasanya manis dan rangup.  Alhamdulillah.




Harap kawan-kawan tidak tergelak  sama melihatnya.

Ok,  Selamat Malam.