Moga teman-teman diberi kesihatan yang baik olehNya. In shaa Allah.
Tak banyak aktiviti yang saya lakukan pada petang tadi. Sakit kepala melanda lagi. Dari semalam bercadang nak mengalihkan anak-anak betik geram yang disemai dengan sangat padat tu. . .tapi tak jadi juga.
Sebenarnya benih betik ni pun saya tak tau namanya. Jika tengok tulisan pada peketnya, benih ni dari Thailand. Nak baca pun tak reti. Alkisahnya, pada mulanya elok jer saya semai 3 biji dalam satu lubang, dan dalam polibeg tu cuma saya buat 2 lubang sahaja. Tunggu semaian tumbuh, tak juga tumbuh. Ohhh, rupanya benih tak elok yang saya beli. Apa lagi, dengan perasaan geram sesangat, saya taburkan semua benih yang ada dalam peket tu, dan ini lah hasilnya. . .
kecil besar semua ada. . |
Haaaaa . . .
Kan dah penuh satu polibeg. Macam kem pelarian pulak jadinya. Bersesak-sesak. Bila dah tumbuh, baru saya baca cara penanaman betik. Rupa-rupanya benih betik mengambil masa agak lama untuk tumbuh. Moga-moga esok lusa saya dapat alihkan ia ke dalam polibeg yang lebih selesa.
. . . . betik geram, satu pengajaran untuk diri saya. Hua hua hua. .