Assalamualaikum.
Semoga hari Jumaat yang mulia ini membawa sejuta rahmat dan berkat dariNya.
Sedar tak sedar, dah pun hari Jumaat. Cuti pun dah nak habis. Saya, Husna dan acik aje yang cuti, suami masih bekerja seperti biasa. Nampaknya tak tercapai juga hajat nak menonton perlawanan rugbi MSSM di Ipoh, Perak. Angah dah berada di Tingkatan Lima, tahun ni merupakan tahun terakhir angah mewakili Terengganu ke MSSM. Apakan daya, suami sibuk dengan program-program kokurikulum jabatan yang dijadualkan berlangsung selepas cuti pertengahan penggal. Takpe lah, redha je dengan ketentuanNya.
Rabu lepas, suami ajak anak-anak mandi di Sekayu. Lama juga tak mandi di situ. Sekayu masih begitu, masih comey zamang- berzamang, nyanyi Salem Iklim. . .hehe.
Saya tak mandi pun. Tapi sibuk dengan aktiviti skodeng orkid hutan. Saya tinjau-tinjau pada batang pokok yang besar-besar tu. . . banyak juga. Tapi untuk saya yang baru berjinak-jinak dengan dunia orkid ni, nampak macam sama jer. Antara gambar-gambar orkid hutan di Sekayu. . .
|
Bulbo sp rasanya |
Dalam hati saya mohon, gugurlah wahai orkid. . .saya nak ambik awak. . Tapi tak gugur juga, walaupun ditiup angin. . .
|
bunga orkid hutan |
|
orkid spesis |
Kami pun sekadar berehat pada peringkat pertama air terjun Sekayu, kalau rajin ke atas lagi, mungkin banyak spesis lagi yang dijumpai.