Assalam.
AlhamdulilLah. . . setiap kali saya menanam secara hidroponik, hasilnya agak lumayan berbanding bertanam di dalam pasu. Kadang-kala datang juga mood sedih apabila melihat hasil yang tidak seberapa. Mungkin tiada rezeki lebih kerana ilmu pertanian yang kurang. . .hehehe.
Kali ni bertanam kailan. Pokok kailan sebenarnya disemai di atas tanah. Memandangkan pertumbuhannya yang sangat lambat, saya alihkan ke takung hidroponik. Syukur. . .subur dan besar-besar daunnya.
Ermmm. . .dah terbau kailan ikan masin. .yum yum.
Followers
Saturday, December 21, 2013
Friday, December 20, 2013
Belajar Tanam Anggur.
Assalam.
Salam petang Jumaat buat semua teman yang budiman.
Saya benar-benar teruja ketika membaca blog teman-teman yang bertanam pokok anggur. Pokoknya yang hidup subur, serta berbuah manis yang bergugus-gugus seperti di luar negara. Hasrat menanam anggur sudah lama tersemat, tapi saya tidak yakin ianya dapat hidup seperti yang dipaparkan di blog-blog penanaman anggur yang hebat itu.
Pada awal tahun saya telah menempah dua pokok anggur dari Saloma Vineyard & Nursery, tapi kedua-duanya dah arwah dikerjakan ayam-ayam jiran. Kasihannya pokok-pokok tersebut. Entah bila jiran saya nak bina reban untuk ayam-ayamnya, saya pun tak pasti. Mentang-mentanglah pelihara ayam kampung, semua dibiar lepas bebas begitu.
Ini pokok anggur edisi kedua saya. . . Belum terfikir nak letak kat mana. Saya minta suami bina para-para yang ringkas sahaja untuk diletakkan di tepi pagar. Suami pula suruh letak pada pergola orkid sedia ada. Hehe. . .tengok lah nanti berumah di mana. . . Apapun, syukur alhamdulillah, pokok ni boleh tahan suburnya hingga pokok berdekatan pun dipautnya.

pelepah palma sebagai perisai daripada serangan Cik Yam. |
berusia 2 bulan di laman |
Ini pokok anggur edisi kedua saya. . . Belum terfikir nak letak kat mana. Saya minta suami bina para-para yang ringkas sahaja untuk diletakkan di tepi pagar. Suami pula suruh letak pada pergola orkid sedia ada. Hehe. . .tengok lah nanti berumah di mana. . . Apapun, syukur alhamdulillah, pokok ni boleh tahan suburnya hingga pokok berdekatan pun dipautnya.
Tuesday, December 17, 2013
'Sexy' Dalam Semak.
Assalam. Ceria sungguh hari ni. . . . Alhamdulillah.
Kasihan Sexy Pink saya. Itu la. . . main letak saja kat mana- mana yang nampak kosong. Akhirnya, nampak agak terpinggir bersama pokok dan rumpai lain. Sehingga sekarang, saya baru mempunyai empat jenis pokok heliconia, dan ini yang paling saya suka .
Dikhabarkan berasal dari benua Amerika, Heliconia chartacea ini mampu tumbuh melebihi 7 meter. Ermmm, tak kisah lah. Apa yang penting, warna merah jambunya sangat menawan kalbu.
Saya juga masih tercari- cari si kembarnya, Sexy Scarlet. Tapi entah bila dapat bertemu. . . tambahan pula, lawatan sosial ke nurseri berhampiran pun bukannya rajin sangat dilakukan. .hehe.

antara ratusan spesis heliconia |
Dikhabarkan berasal dari benua Amerika, Heliconia chartacea ini mampu tumbuh melebihi 7 meter. Ermmm, tak kisah lah. Apa yang penting, warna merah jambunya sangat menawan kalbu.
Sexy Pink selesa dalam semak |
Saya juga masih tercari- cari si kembarnya, Sexy Scarlet. Tapi entah bila dapat bertemu. . . tambahan pula, lawatan sosial ke nurseri berhampiran pun bukannya rajin sangat dilakukan. .hehe.
Sexy Scarlet. . .*gambar Google* |
Sunday, December 15, 2013
Benih Kasih Sayang. . .
Assalam, dan salam penuh keceriaan buat semua teman. . . .
Rasa kurang sihat dulu rupanya petanda akan demam dan batuk berpanjangan. Alhamdulillah, nasib baik dalam tempoh cuti lagi dan setelah dua minggu melaluinya, kini semakin pulih. Bak usikan doktor yang saya jumpa, `demam musim hujan tu. . . .'. .
Pada minggu lepas, saya menerima kiriman benih daripada Rose Semua Menjadi. Minggu sebelumnya saya menerima benih-benih daripada Diana di Kebun Bahagia Bersama. Memandangkan keadaan tidak mengizinkan, maka saya tangguhkan dulu hasrat menyemai benih-benih harapan dan benih-benih kasih sayang yang disertakan bersama. Apapun, berbanyak-banyak terima kasih buat Diana dan Rose.
Moga nanti dapat sama-sama menghirup udara di Laman Husna, in shaa Allah.

Dari Kebun Bahagia ~ macam-macam ada. . |
Daripada laman Semua Menjadi |
Benih kasih sayang daripada Rose SM *free ler tu* |
Bayi kasih sayang, si tenggek burung |
Keratan tenggek burung |
Moga nanti dapat sama-sama menghirup udara di Laman Husna, in shaa Allah.
Sunday, December 1, 2013
Cinta Kura-kura.
Assalamualaikum.
Semoga beroleh rahmat-Nya pada pagi Isnin. Selamat berpuasa sunat bagi rakan taulan yang berpuasa. Saya pula, hajat dan niat memang ada. Iye lah, musim cuti sekolah ni, takde nak berkejar ke sekolah dan beraktiviti bagai. Tapi sejak semalam selsema dan sakit tekak melanda. Rasa kurang sihat seluruh badan. Terpaksa ditangguhkan untuk telan ubat.
Ermmm. . . macam tajuk filem pulak. Bintang filem si kura-kura yang bercakap, suara sebijik macam suara Zizang @ Zizan Razak .
Ini anak kura-kura Husna. Kalau boleh, semua dia nak bela. Biri- biri pun comel katanya. Senang sangat nak bela kura-kura. Bagi makan secukupnya, jangan berlebihan. Kebersihan air dan bekas kura-kura tersebut juga perlu dijaga. Dahhh. . . .
Gambar- gambar di atas oleh Husna sendiri.

semasa di kedai |
Subscribe to:
Posts (Atom)