Followers

Friday, October 10, 2014

Tuaian Kacang Itik

Assalam semua teman yang dirindui. .

Maafkan hamba yang telah lama menyepi diri .

Ampun dan maaf ya. . . terkadang tidak dapat mengelakkan diri dari sebab- sebab tertentu.  Namun, AlhamdulilLah diizinkan olehNya kita bersua lagi.

Kesian lihat post yang terakhir.  Sudah berbulan- bulan lamanya.  Kita sambung cerita kacang itik lah ya.  AlhamdulilLah, si kacang dah pun berbunga dan berbuah,  serta dipetik juga.  Sebenarnya saya tidak pasti sama ada sudah boleh dipetik atau belum.  Sudah cukup matang kah atau perlukan sedikit masa lagi.  Kulit kacangnya masih kelihatan hijau,  namun untuk si bongsu yang asyik minta direbus,  saya cubalah juga.

tuaian kali pertama
 Saya tuai sebanyak dua tangkai.  Memang hampir penuh satu periuk.  Saya benar-benar tak pasti ianya telah sesuai dituai atau belum.


daun dah tak cantik dek pak belalang
Saya tanam di tepi pagar, di sebelah kanan rumah. Tiada para-para untuknya,  akibatnya habis tunggul kayu tempat saya gantung ros jepun dipanjatnya.  Dah tak nampak pasu ros jepun. Di sebelahnya terdapat pokok kemboja merah oren,  juga dipanjatnya.


munge- munge ( bunganya putih kuning )

putik buah

pokok kacang yang memanjat pokok kemboja,
dah terlentok si kemboja.

menunggu masa untuk dituai.

Sekian, jumpa lagi.   Selamat Berkebun.

Wednesday, June 4, 2014

Kacang Itik Berdaun Cantik.

Assalam.

Syukur AlhamdulilLah. . .hujan membasahi lagi bumi Terengganuku.

Di mata saya, daun-daun yang baru keluar ini kelihatan cantik.  Seakan-akan corak batik pula.  Sedikit masa lagi,  akan dialihkan ke pasu yang sesuai.  Harap-harap suami saya sudi menyediakan para-para untuknya memanjat.

besar dan subur daunnya


terpaksa letak dalam raga bagi mengelakkan dikais cik yam.

pod benih
Gembira rasanya bila ada kawan yang sudi memberikan benih-benih sebegini.  Biarpun tidak banyak, namun saya cukup menghargainya.  Tambahan pula, inilah kali pertama saya mendengar nama kacang itik ini.

Benih kacang  ini dibawa pulang dari Kelantan oleh kawan saya yang menghadiri majlis perkahwinan saudara beliau di sana.  Semoga akan membesar dan berbuah di laman husna juga,  In shaa Allah.

Monday, June 2, 2014

Petola Wangi

Assalam.  Salam ceria untuk semua.

Sepanjang bulan Mei,  rasanya hanya dua kali hujan turun di kawasan kediaman saya.  Cuaca agak panas.  Rumput rumpai dan semak kecil sekitar laman habis kekuningan dan mati.  Rasa malas nak menanam sayuran dalam cuaca begini.  Saya hanya meneruskan rutin harian setiap petang,  menyiram laman hadapan dan di belakang.  Kadang-kadang,  kerja menyiram diambil alih oleh suami tersayang.  Terima kasih. . .

Namun,  masuk saja bulan Jun hujan mulai turun.  Walaupun tak selebat yang diharapkan, tapi syukurlah. . . Pokok-pokok dah mulai segar.  AlhamdulilLah.

Dah lama juga menanam petola sarang/  petola bantal  ini  ( saya lebih gemar memanggilnya petola wangi ) .  Rasanya dah  dua bulan menuai hasil.  Sekali petik dapat 5 atau 6 biji .  Kadang-kadang rasa dah tak tau nak bagi kepada siapa lagi buah-buahnya.  Pokoknya juga sangat lasak.

Tiada para-para untuknya memanjat.  Panjat pagar pun ok jugak.

Didebungakan oleh kumbang dan kerengga

Putik buah


Tiga sekawan

main sembunyi-sembunyi atas pokok pisang

Mudahnya menanam petola sarang.  Tetiba teringat pertanyaan jiran saya, " tak tanam petola pulut ke? " .  Haah. . .camne pulak rupanya petola pulut?  Nak kena tanya pakar petola nampaknya.

Wednesday, May 7, 2014

Pokok Bunga Jambu Hiasan.

Assalam.

Semoga teman-teman sihat walafiat dan ceria di samping tugasan seharian.

Pada minggu lepas saya berpeluang menemani kawan  ke nurseri berhampiran untuk memilih dan membeli pasu-pasu bagi Projek Taman Sains sekolah.  Lama juga menunggu tuan nurseri yang keluar minum pagi.  Dalam kepanasan,  mata terlihat sepohon pokok bunga ini.  Tapi sayang,  tak tahu nama pula.


Pokoknya agak tinggi juga. . .adalah dalam 1 meter.  Sedang berbunga lebat.  Rupa bunganya seperti bunga jambu,  tetapi berwarna jingga / oren.  Kudup bunga pun seperti kudup bunga jambu.  Tuan nurseri pun tak pasti namanya,  dia cuma menggelarnya pokok bunga jambu.


Jom layan. . . . he he he. . .

cantik berkembang

kabur la pulak







Mohon pencerahan daripada teman-teman ya. . .

Terima kasih.

Tuesday, April 15, 2014

Sanah Helwah Along.

Assalam.

Semoga semua teman ceria dan tenang selamanya. . .in shaa Allah.

Selasa, 15 April. . .penatnya hari ni.  Mesyuarat guru mingguan berakhir menghampiri jam 3:15 petang.  Jam 4 petang,  nak berkejar untuk aktiviti kokurikulum pulak.  Petang tadi memang muka ketat. . .namun aktiviti yang santai kembali menceriakan jiwa.  Hehe,  rutin mingguan yang biasa sahaja.

Hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiran Along,  anak pertama,  cucu pertama dalam keluarga saya.  Cucu kesayangan arwah emak dan nenek saya.  Hari ini telah menginjak usia 19 tahun.  Meskipun jauh di mata,  ingatan dan kasih sayang tidak pernah berkurang.

Selamat ulangtahun kelahiran Along,  semoga menjadi anak yang solehah,  hambaNya yang taat dan berguna kepada agama,  masyarakat serta negara.

Sebenarnya saya tak pasti,  apakah bunga kegemaran Along.  Teringat semasa Along masih kecil,  tiada bunga hiasan di rumah kerana semuanya akan digubah semula oleh Along.  Pantang melihat bunga,  semua dicabutnya.   Lasak sungguh Along.  Rasanya Along tak minat pada bunga-bungaan,  tidak seperti Husna. Hehehe. . .betul kan Long?











Pinjam bunga-bunga ros Husna untuk Along,  Sanah Helwah.

Friday, April 11, 2014

Penawar rindu.

Assalam.  Semoga teman semua berada di dalam redha Ilahi. . .

Semenjak sibuk dengan " pokok- pokok baharu" ,  terasa berlaku sedikit pengabaian terhadap pokok orkid.  Tetiba terasa rindu. . .rindukan keindahannya,  rindukan harumannya.  Orkid spesis dari keluarga Coelogyne ni dah lama tidak berbunga.  Kali terakhir kembang mengurai pada tahun lepas.  Akan tetapi,  bukan daripada rumpun yang ini.

Terlihat cuma ada setangkai.  Itupun cuma tujuh kuntum sahaja.  Syukurlah. . .




Sekadar melepaskan rindu padamu. . .hehehe. . .

Saturday, March 29, 2014

Ubi Keriting



Assalam dan selamat malam buat semua.



Entah kenapa,  tetiba rasa teringin sangat nak merasa pucuk ubi keriting dimasak lemak atau pun sekadar dicelur, buat cecahan sambal belacan.  Husna juga kehairanan melihat batang-batang ubi apabila dibuka kotak kiriman daripada Rose ( Semua Menjadi ).

Mungkin kerana saya belum pernah menanam pokok ubi di laman, keterujaan untuk memilikinya sangat lah tinggi.

Inilah batang-batang ubi keriting yang saya order daripada Rose.  Banyaknya. . ., tegur suami.  Hehehe,  biarlah,  nanti senang bila berpucuk banyak-banyak,  kan?

beli batang-batang gemuk, dapat percuma batang-batang kurus.

lebih kurang sebulan usianya


batang ubi keriting kurus pun bertunas juga.

Ketinggian pucuk yang keluar tu belum sampai satu kaki,  nampaknya kena bersabar dahulu sebelum menikmatinya.   Jutaan terima kasih daun keladi  buat Rose SM.  

Saturday, February 8, 2014

Nursery Titiwangsa.

Assalam dan salam ceria sentiasa buat semua teman.

Pertama sekali, maaf dipohon kerana begitu lama menyepi diri.  Usahkan laman di alam maya ini,  laman realiti pun terbiar.  Sesekali diuji,  terasa semangat hilang entah ke mana. . . namun syukurlah,  keadaan kian pulih seperti sediakala.  AlhamdulilLah Ya Allah.

Awal Januari yang lepas,  kami sekeluarga bertolak ke Perak.  Secara khususnya ke Seri Iskandar,  Tronoh, Perak kerana mendaftar Angah di UTP.  ( Walaupun saya tahu, hati Angah sebenarnya berbelah-bahagi sama ada untuk ke universiti atau mengikuti latihan rugbi bersama team Cobra.)   AlhamdulilLah,  rezekinya di sana juga bersama-sama Along.  Kadang-kadang rasa nak tergelak juga,  sudah lah bersekolah tadika dan sekolah rendah bersama-sama,  menyambung pelajaran ke universiti pun dapat universiti yang sama.

Sebelum bertolak,  saya memasang angan-angan untuk ke Saloma Vineyard untuk melawat ladang anggurnya, tapi hampa.  Demam batuk saya semakin menjadi- jadi.  Tambahan pula suami turut demam.  Macam berpakat pula.  Keesokan harinya, selepas mendaftar Angah, kami bertolak balik ke Terengganu.  Cuma berhenti makan tengahari dan solat di Puncak Titiwangsa.  Selama bertahun berulang-alik ke Pulau Pinang,  kami tak pernah berhenti di sini.  Entah kenapa tetiba terasa nak singgah.  Rupanya ada sebuah nursery kat atas sana. . . Alahai hai hai. . .tak pernah saya tahu. Rupanya sudah 3, 4 tahun beroperasi.

Sesi melawat nursery. . . .  .
Sempat juga masuk gambar. .hehe

Sesi memilih





Saya panggil pokok balung ayam je..

Tak tau nama




Black-eyed Susan vine

Hoya murah-murah.  RM10 sepasu. 


Intai buah anggur. . .tak nampak pulak

Kat depan nursery ada pokok ni.  Turung cinta,  bagitau pekerjanya.


Saya panggil Buah Cinta.  Pernah nampak di CH


 Sesi mengangkut pokok oleh Husna. . .




Yang ini umi punya

Ini juga. . .

Pokok tak tau nama dan tak beli juga.  Daun macam nanas, tapi bunganya cantik.
Harap tidak pening tengok banyak gambar hari ni. Itu baru sebahagian. .hehe. .

Selamat Tahun Baru juga,  walaupun dah tak berapa baru.

Rindu semua. . .