Followers

Tuesday, October 8, 2013

Bunga Sate Kak Puteri

Assalamualaikum.

Semoga teman sekebun sihat sejahtera.

Keratan bunga sate yang dikirim oleh Kak Puteri semuanya hidup segar. . tiada satu pun yang terkulai layu.  Terima kasih kak. .  Namun, cuma sepokok sahaja yang baru belajar berbunga.  Cantik sekali berona ungu.

warna kegemaran saya dan Husna

Gambar semasa belum dialihkan. .

Penyeri laman dapur

Rasanya gambar-gambar ni diambil pada bulan lepas.  Semua kuntuman pertama dah gugur dan kini berganti dengan kudup-kudup kedua pula.  Alhamdulillah.

Husna juga turut gembira.  Tidak lupa menyampaikan salam dan ucapan terima kasihnya untuk makcik Puteri. . .he he.  Assalamualaikum.

3 comments:

  1. assalammualaikum dik.
    wah dah berbunga ye.Alhamdulillah.
    Salam sayang utk.Husna. Mengenai nama bunga ni, ada yg.panggil bunga sudu itik.
    Tapi akak namakannya 'lavender Borneo', sebab masa akak pesan dari sahabat diIndonesia, menurutnya, dalam kajian pertanian Indonesi, inilah sebenarnya lavender..akak oderlah..bunga ini suatau waktu, banyak tumbuh di bumi Borneo, ke mana2 pergi mesti jumpa.Masa berlalu dia telah pupus. Sebab itu akak suka kalau ia ditanam semula menjadi pokok2 komersil.Baunya kuat kalau ia ditanam banyak2, dan boleh menghalau nyamuk.Nama2 yg.sedia ada orang lain ikut suka dia je bagi, kalau kita bagi ia nama baru, nama yg.indah2, itu hak kita kan..jadi ia hidup dihalaman rumah akak, maka akak nama kan ia 'lavender Borneo'. betulkan hihihi..jom tanam banyak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kak Puteri.
      AlhamdulilLah. .dah berbunga cantik ia. Saya ada terbaca kat FB, ada yang memanggilnya angelonia, tapi saya belum sempat google. In shaa Allah, saya akan membiakkannya. .biar laman lebih indah. Sekarang ni terasa umpama "patah kaki" berdua dengan Husna aje. Terima kasih buat kak Puteri dan teman Borneo akak. Dari Borneo dah sampai Terengganu si lavender ni. . .hi hi

      Delete
  2. Assalamualaikum, saya berminat nak tanam pokok bunga nie, mana nk dapatkan keratan nie?

    ReplyDelete